Bila Disuruh Lukis Logo Jenama Kereta Tapi Lain Pula Jadinya

Van Monster merupakan syarikat menjual van terpakai di United Kingdom dan mereka telah mendapat idea untuk membuat satu aktiviti tentang apa yang seseorang tu ingat berkenaan bentuk logo asal sesuatu jenama kereta yang popular. Keputusannya memang sangat kelakar. Ada yang lukis logo Ferrari, tapi macam kambing buat tarian Gangnam Style!

Gangnam Style - Wikipedia

Pada mulanya, syarikat ni telah mengumpulkan 100 orang dari pelbagai peringkat umur. Selepas tu, mereka telah diletakkan dalam satu booth kecik sebelum diberikan pen, pensil, kertas lukisan dan warna. Seterusnya, kesemua peserta disuruh untuk lukis logo kereta seperti mana yang mereka ingat.

Dari hasil lukisan tu, 80 peratus daripada mereka menggunakan warna yang sama, namun hanya 12 peratus dari lukisan mereka yang seakan-akan sama dengan logo asal. Yang selebihnya, memang kelaut dalam lukisan mereka tu. Tak percaya? Tengok gambar-gambar di bawah.

LOGO ASAL BMW:

LOGO LUKISAN PESERTA:

Bayangkan kereta BMW guna logo ni? Macam penutup botol pun ada.

LOGO ASAL AUDI:

LOGO LUKISAN PESERTA:

Bayangkan Audi guna logo ni? Sekilas pandang macam logo sukan Olimpik kan?

LOGO ASAL FERRARI:

LOGO LUKISAN PESERTA:

Bayangkan Ferrari guna logo ni? Dah dinasour T-Rex. Entah mana ekor pun tak tahu.

LOGO ASAL VOLKSWAGEN:

LOGO LUKISAN PESERTA:

Bayangkan Volkswagen guna logo ni? Huruf W kat atas, huruf V terbalik di bawah mungkin?

LUKISAN ASAL TOYOTA:

LOGO LUKISAN PESERTA:

Logo asal Toyota macam bentuk bulat (bumi) kan? Tapi lukisan dia ni macam logo kereta Acura pulak.

LOGO ASAL PEUGEOT:

LOGO LUKISAN PESERTA:

Rasanya logo asal Peugeot tu macam singa berdiri sambil mengaum kan? Tapi kenapa jadi macam singa laut?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.