Ferrari Menang Dua Anugerah BBC TopGear

Sumber imej: topgear.com

TopGear Car of the Year Award sebenarnya bermula pada tahun 1997 di rancangan televisyen BBC. Pelbagai jenama kereta pernah menang anugerah Car of the Year Award ni, termasuk Ford Puma pada tahun 1997, Range Rover pada tahun 2002, Volkswagen Scirocco pada tahun 2008, BMW i8 pada tahun 2014, Honda Civic Type R pada tahun 2017 dan Porsche Taycan bagi tahun 2019.

Sumber imej: es.motor1.com
Sumber imej: performancedrive.com.au

Bagi tahun 2020, kereta yang tersenarai juga tidak kurang hebatnya. Namun yang menariknya, jenama Ferrari telah memenangi dua anugerah iaitu Noise of the Year Award oleh kereta Ferrari 812 GTS manakala Eco-Warrior of the Year pula dimenangi oleh Ferrari SF90 Stradale. Jadi, jumlah anugerah yang diterima oleh Ferrari telah pun menjadi 18 anugerah utama sepanjang 17 tahun yang lepas.

Ferrari 812 GTS: Noise of the Year Award

Sumber imej: mostbeautifulsportscars.com

Mana-mana kereta dengan enjin seperti Ferrari 812 GTS memang akan mampu membuatkan deria pendengaran anda bergegar. Kereta yang bernilai sebanyak US$350,000 ini mempunyai 789 hp dan mampu melonjak sehingga 9,000 rpm V12. Malah, ia juga mampu meluncur sehingga 211 mph (340 km/j). Jika di Malaysia, kereta ini dijual dengan harga RM 1.54 juta tidak termasuk cukai dan insurans dan ia juga pernah berada di bilik pameran ekslusif tertutup Naza Italia Ferrari City.

Ferrari SF90 Stradale: Eco-Warrior

Sumber imej: topgear.com.my

Dengan tag harga mencecah US$500,000 (RM 1.908 juta), kereta ini sudah tentu bukan di dalam kategori mampu milik. Kereta mewah ini mempunyai 1000 PS dengan enjin V8 turbocharged dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.5 saat. Kelajuan maksimumnya pula ialah 340 km/j, malah ianya juga dikatakan lebih laju dari LaFerrari. Sekiranya anda nak tengok kereta ni dari dekat, boleh la ke bilik pameran Naza Italia dekat Petaling Jaya tu.

Sumber imej: roundandtrack.com

Senarai pemenang anugerah lain:

SUV of the Year – Aston Martin DBX

Sumber imej: astonmartin.com

 

Luxury Car of the Year – Rolls-Royce Ghost

Sumber imej: forbes.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.