Rahsia Servis Kereta Dengan Bijak Supaya Tidak Ditipu Mekanik

Source: lexus.eu

JANGAN tertipu dan terus ditipu. Berapa ramai yang pernah hantar bengkel, kena bayar sampai pokai. Kes enjin diikat getah, tayar jual yang dah expire, minyak enjin tipu guna minyak masak? Sampai meletup enjin kereta. Bukan sembang karat. Tapi realiti yang ramai selalu ditipu hanya kerana kurang ilmu kereta. Di sini kita kongsi rahsia servis kereta secara ringkas. Baca 5 minit untuk ilmu sepanjang hayat.

1. Minyak Pelincir @ Minyak Hitam

Source: axleadvisor.com

Banyak sangat kes kat bengkel, mekanik ambik botol kosong, refill minyak entah dari mana. Ada kes refill pakai minyak masak tapi harga minyak pelincir. Nasihat terbaik, beli la di stesen minyak. Bagi kereta baru yang first time tukar minyak hitam, sila tukar pada 1,000 km pertama mengikut recommendation pengeluar.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ lebih mahal dan sesuai untuk kereta baru (2 tahun kebawah); biasanya ditukar setiap 10,000 km hingga 15,000 km (setiap 6 bulan atau setahun). Minyak pelincir semi-sintetik pulak lebih sesuai untuk kereta lama (2 tahun ke atas); biasa ditukar setiap 5,000 km hingga 10,000 km atau kurang (setiap 3 bulan atau 6 bulan). Manakala minyak pelincir mineral antara paling ‘low quality’ dan selalu ditukar sebelum capai 5,000 km (setiap 3 bulan). Jangan kata semua jenis sama. Sedangkan susu pun ada untuk bayi, kanak-kanak dan orang tua kan?

2. Minyak ‘Additives’


Sekarang berlambak minyak konon ‘additives’ dikeluarkan pengeluar entah dari mana. Jangan tertipu lagi. Biasanya, mekanik akan bagi ‘suggestion’ untuk letak additives bagi kereta agak berusia atau yang selalu ‘skip’ servis minyak hitam. Jangan main ambik je. Sila pastikan dari pengeluar yang boleh dipercayai. Korang anggap ni macam produk kosmetik. Berlambak produk timbang kilo di pasaran, hasilnya muka rabak. Begitu juga kereta anda. Kalau nak additives terbaik boleh pilih X-1R. Ianya telah disahkan dan digunakan NASA (National Aeronautics & Space Administration). Alah, NASA yang selalu pergi angkasa lepas tu. Bukan calang-calang produk ni.

3. Bateri Kereta

Source: groupon.ae

Nak start kereta tapi tak hidup pulak. Sekali tengok lampu kereta lupa nak off semalaman. Boleh lakukan ‘jumpstart’ atau guna ‘car powerbank’ lagi mudah. Boleh beli ‘car powerbank’ online, harga dalam RM80++. Tapi kalau pakai jumpstart atau car powerbank pun kereta tak hidup, tu tandanya bateri dah kong! Bateri ni ada 2 jenis, kering atau basah. Jangka hayat dalam tempoh 18 bulan – 2 tahun. Harga bateri biasanya dalam lingkungan RM180++ bergantung jenis dan jenama bateri. Jenama bateri yang boleh dipercayai pulak macam Bosch atau Century. Kalau yang jenama cap itik gembo-gembo ke, jangan beli sebab takut kena tipu.

4. Timing Chain Atau Timing Belt

Source: autoguysland.com

Kalau kereta anda guna timing chain, ia tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Biasanya boleh bertahan sehingga 400,000 km. Harga dalam RM 450++ hingga RM800++ tidak termasuk kos servis. Tapi kalau kereta anda guna timing belt, sila check setiap 60,000 km. Kalau kereta jenis SUV macam Honda CRV boleh tahan sampai 160,000km. Harga pulak dalam RM150++ untuk kereta local atau yang import macam Honda boleh cecah RM600++ tidak termasuk kos servis. Cara untuk tau timing belt yang bermasalah, sila siram air pada timing belt yang berputar. Kalau bunyi hilang semasa dibasahi air, maksudnya memang timing belt anda ada masalah dan perlu ditukar segera. Jangan tunggu, sebab lagi parah kos kalau timing belt putus. Boleh rosak enjin dan komponen kereta yang lain. Yang ni boleh buat kos servis sampai ribuan ringgit. Faham ke tak faham?

 

5. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Source: protonperoduaparts.com.my

Minyak yang penting bagi kereta AUTO. Yang ni elok beli di pusat servis dan stokis yang disahkan pengeluar. Kalau online atau kat kedai spare parts, harga tersangat murah tapi tak tahu kualiti original atau tak. Jangan abaikan kepentingan ATF ni. Pastikan tukar setiap 20,000 km (maximum 30,000 km). Kos termasuk caj sekitar RM 200++ atau kurang bergantung jenis kereta. Jangan kedekut nak tukar, sebab kalau abaikan boleh rosak Auto gearbox. Gearbox kalau rosak, paling busuk pun kos sehingga RM4000++ ke atas. Mana nak cekau duit weh?

6. Tayar

Macam mana nak tahu bila bunga tayar dah botak? Guna duit 20 sen je. Masukkan duit tu dalam bunga tayar. Kalau perkataan “sen” tenggelam maksudnya bunga tayar okay lagi. Tapi kalau sebaliknya, sila tukar tayar kereta anda dengan segera.

Source: careta.my

Kalau nak tukar tayar, pastikan anda tahu kod dan tarikh tayar kereta anda. Untuk tarikh, contohnya kod X2819. Maksudnya tayar tu dari Minggu ke 28 pada tahun 2019. Pentingnya anda tahu supaya tak ditipu dengan tayar ‘expired’. Kalau anda tahu kod ni, anda boleh dapat diskaun harga tayar tau. Contohnya berdasarkan tahun tayar dikeluarkan dari tahun semasa 2019:
Tahun 2018 = 20 %
Tahun 2017 = 40 %
Tahun 2016 = 60 %
Tahun 2015 = 80 %
Tahun 2014 dan kebawah = percuma sebab tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh dikeluarkan.

Source: firestartingautomobil.blogspot.com

Kod tayar lain yang anda wajib tahu ialah seperti gambar di atas. Contohnya P205/65 R16 95V. Maksudnya:
P = untuk ‘Passenger car type’
205 = lebar tayar
65 = tinggi tayar
R = Radial
16 = saiz rim
94 = had maksimum bebanan bagi setiap satu tayar
V = had kelajuan maksimum

Kat sini, abjad terakhir antara paling penting. Bagi yang kaki ‘race’ di lebuhraya tu sila faham tahap kelajuan maksimum tayar anda. Jangan la tayar “R” tapi bawak sampai 240 km/j. Tu ibarat lari 100 meter dengan high heels tau tak. Sila hadam elok-elok.

L – 120 KM/J
M – 130 KM/J
N – 140 KM/J
P – 150 KM/J
Q – 160KM/J
R – 170 KM/J
S – 180 KM/J
T – 190 KM/J
U – 200 KM/J
H – 210 KM/J
V – 240 KM/J
W – 270 KM/J
Z – 240 + KM/J

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.