Manusia spesis curang ni memang dah lama wujud. Cuma yang membezakan adalah tahap ‘balasan’ yang mereka akan dapat daripada pasangan yang ditipu. Ada yang mungkin penyabar. Namun ada yang lebih agresif seperti menyerang si curang dengan cara paling ‘win’, iaitu dengan membalas dendam pada kereta pasangan mereka. Kalau di negara luar, ‘pemandangan’ ini agak normal. Di Malaysia belum pernah tengok lagi.
AUDI R8 HANCUR ‘DIBELASAH’ ISTERI
Pada tahun 2015, seorang suami yang curang telah mendapat balasan ‘karma’ apabila kereta Audi R8 milik beliau yang dianggarkan berharga lebih US$130,000 (RM533,000) hancur dilanyak isterinya. Berang apabila mengetahui suaminya curang, wanita terbabit telah bertindak memecahkan cermin, kusyen kulit telah dikoyakkan selain kesan torehan dan hentakan pada badan kereta. Wanita terbabit turut memberikan ‘hint’ bahawa perkahwinan mereka hancur, sama seperti keadaan kereta tersebut. Fuh! Marah sangat akak ni. Rasanya ni kalau kena penjara pun akak ni dah redha.
SUAMI PENUHKAN KERETA ISTERI DENGAN SIMEN KONKRIT
Kes yang tular di Rusia pada tahun 2017 ini berpunca apabila seorang isteri kantoi telah curang pada suaminya. Rupanya sebelum ini si isteri telah beberapa kali curang dan mengakui hal terbabit kepada suaminya. Cara balasan? Penuhkan kereta isteri dengan simen konkrit. Korang ingat isteri je ke ‘psycho’? Bukan setakat gambar, video penuh pun sang suami buat. “Don’t mess with the Russians!”
RANGE ROVER DAPAT ‘SPRAY’ BARU
Ouch…1 perkataan untuk gambar di atas. Tak perlu nak ‘smash’ semua barang macam The Hulk. Cukup la dengan hanya menggunakan spray dan tulis coretan hati pada kereta pasangan. Perkataan seperti ‘Cheater’ dan ‘Hope she was worth it’ memenuhi badan kereta Range Rover berharga £75,000 di Knighsbridge, London. Lebih pedih, seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari gedung Harrolds terpaksa menahan malu selain terpaksa membayar saman sebanyak £130 kerana parking dalam garisan kuning. 2 kali duit melayang.
KERETA DENGAN BALUTAN KHAS
Perbuatan wanita ini dianggap lebih ‘bijak’ berbanding yang lain apabila dia memilih cara yang lebih selamat untuk membalas dendam. Tak perlu lanyak atau conteng kereta. Cukup dengan hanya membalut kereta sehingga penyukarkan pemiliknya untuk masuk. Harap-harap lelaki tu tak terlewat untuk ke tempat kerja. Sebab wanita ni dah balut sehabis baik, sekali dengan tiang lampu pun dia balut. Mungkin cara ni lebih selamat sebab tiada vandalisme yang berlaku. Kan?