Ingat Lagi Tak? Kes Yang Berlaku Di Jalan Raya Sehingga Buat Netizen Berang Di Laman Sosial

Source:karangkraf.com

Setiap hari ada sahaja kes baru yang terjadi di jalan raya. Daripada kes kemalangan ngeri, kes kecuaian sehingga mengakibatkan kematian sampai la kes pembuli jalan raya. Namun, masihkah anda ingat kes-kes di bawah yang pernah ‘viral’ sehingga membuatkan netizen pun bergaduh sesama sendiri di laman sosial? Apa kata anda tentang kes di bawah? Mana yang paling buat anda berang?

KES 1: TRAGEDI LEBUHRAYA DUKE (2015)

Source: kesinambunganzaman.blogspot.com

Kejadian yang berlaku pada tahun 2015 ini telah menyebabkan kematian sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka dalam kemalangan di lebuhraya DUKE akibat kecuaian dan kebodohan enam pemandu Myvi yang dipercayai sedang berlumba. Yang ni tak tau berlumba siapa paling laju atau siapa paling bengap. Tak pasal-pasal dua orang kanak-kanak perempuan jadi yatim piatu akibat kecuaian mereka. Namun, apa lagi yang buat netizen berang dengan kes ni?

Antaranya ialah status yang dimuat naik salah seorang suspek kejadian. Bukan setakat marah bila orang kecam perbuatannya, malah dia mengugut untuk langgar sesiapa yang kecam dia. Gangster macam mana pun kalau salah tetap kena hukuman. Sekarang pesalah telah pun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM 10,000.

Source: mstar.com.my

Antara perkara lain yang buat netizen berang pasal kes ni ialah tentang isu perebutan hak penjagaan anak yatim termasuk isu penyelewengan wang. Bayangkan dari RM 300,000 mereka cuma dapat RM 12,000? Tapi syukur sebab mahkamah telah pun menetapkan bahawa ibu saudara telah diberi hak penjagaan kepada dua anak yatim malang tersebut. Harap nasib mereka terbela selepas ni.

Source: ismaweb.net

KES 2: PANDU LAWAN ARUS GEN 2 (2017)

Source: iluminasi.com

Akibat kecuaian dan juga memandu melawan arus dalam keadaan mabuk, seorang model sambilan berusia 19 tahun telah menyebabkan kemalangan enam kenderaan dan kematian seorang lelaki. Apa yang buat netizen berang? Sudah tentu sebab kecuaiannya. Orang lain pandu laluan betul, dia pergi lawan arus. Tak pasal-pasal seorang lelaki yang juga suami dan bakal ayah meninggal di tempat kejadian. Lebih panas apabila suspek juga dituduh memandu di bawah pengaruh dadah, selain dia juga merupakan pemegang kad OKU (masalah pembelajaran).

Source: freemalaysiatoday.com

Tertuduh telahpun dibebaskan daripada pertuduhan mengambil dadah, namun masih didakwa mengikut Seksyen 44(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika didapati bersalah, bakal dijatuhkan hukuman penjara sehigga 10 tahun, denda RM 20,000 serta hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 5 tahun.

 

KES 3: LELAKI TUMBUK, TAMPAR WANITA DI TENGAH JALAN

Source: sinarharian.com.my

Kalau dua kes sebelum agak ‘berat’. Kali ni kita bercakap tentang kes yang agak ringan pulak. Apa kes ketiga ni? Laki bini gaduh ke? Bukan, tapi kes perempuan makan pelempang akibat tak bagi signal, selain memandu sambil menggunakan telefon. Melalui video yang tular, lelaki tersebut telah dilihat menghentak helmet pada kereta selain menumbuk wanita yang juga pemandu Honda Civic tersebut.

Melalui laman Facebook Polis Diraja Malaysia, rata-rata komen yang diberikan menyokong tindakan lelaki tersebut untuk ‘mengajar’ spesis manusia yang tak reti bagi signal. Namun ada juga yang menyelar tindakan lelaki itu yang dikatakan agresif kerana memukul seorang wanita. Apa-apa pun, video yang sempat dirakam hanya menunjukkan cerita separuh jalan. Jadi kita tak tahu kesahihan kes tersebut. Biar sahaja pihak polis buat siasatan. Lelaki itu pun dah ditahan untuk membantu siasatan. Jadi kalau orang tanya apa persamaan tampar dan lempang? Jawapan dia dua-dua sakit.

KES 4: ABANG BOTAK

Source: siakapkeli.my

Ni pun kecoh di laman sosial. Semua gara-gara hilangnya sifat sabar dan provokasi. Kes terjadi berpunca apabila seorang wanita yang menaiki Perodua Axia telah bertindak membunyikan hon kepada dua ‘mat motor’ di hadapannya kerana mangganggu laluan. Mungkin ada sedikit salah faham dan elemen provokasi, ‘Abang Botak’ telah bertindak memberhentikan kereta tersebut sebelum menghentak cermin kereta wanita terbabit sehingga pecah. Malang bagi ‘Abang Botak’ sebab semua tindakkannya dirakam oleh ‘dashcam’ dan dijadikan bukti kukuh di mahkamah. Kesannya, ‘Abang Botak’ telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan. Tapi rakyat Malaysia ni memang ada kalanya hati mudah jadi ‘tisu’. Mula-mula marah bukan main. Lepas tu kesian. Macam kes ni, ‘Abang Botak’ dihukum penjara, tapi ramai pulak netizen kata kasihan pada anak bini sebab dia merupakan penyara tunggal keluarga. Hmm…Macam tu pulak.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *