Bus Sekolah Lantai Reput Lulus Puspakom? Murid Malang Maut Terjatuh dan Digilis

Automogis FATIN geram dengan sikap menuding jari bila tragedi jalan raya ini berlaku. 

Baru-baru ni semasa tengah memandu, agak terkejut bila tiba-tiba ada sebuah bus sekolah yang sarat dengan budak sekolah keluar simpang dengan laju. Dia punya laju persis ‘supercar’. Boleh dengar budak sekolah menjerit keriangan. Seolah mereka suka bila pak cik bus bawa dengan laju. Adik ingat ‘driver’ bus tu macam Hobbs and Shaw dalam Fast and Furious ke? Yang tu kalau kepala langgar dinding, dinding yang pecah dik oii…Tapi biasa lah budak, apa yang mereka tahu? Kan?


Benda macam ni yang buat hati rasa tak sedap. Mula pandang pada kondisi bus sekolah yang lain. Adakah cukup selamat untuk anak kita? Bila diperhatikan setiap hari, kebanyakan bus sekolah yang dijumpai dalam keadaan ‘tua’. Sepatutnya ‘pencen’ tapi masih digunakan untuk mengangkut budak sekolah. Bila terjadi apa-apa tragedi, baru masing-masing pakat tunding jari. Jawapan paling ‘cliché’ sudah semestinya “Bukan salah saya” ataupun “Kita akan siasat”. Zzzzzz…


Baru-baru ni gempar bila seorang budak sekolah berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari lantai bus yang reput. Ulang sekali lagi: R.E.P.U.T. Reput ni definisi yang sinonim dengan tua. Mungkin kita tak perasan, tapi pernah terbaca satu laporan dari negara luar yang membandingkan tahap bus sekolah antara negara berbeza. Antaranya, bus sekolah Vietnam-selalu rosak, Dubai-canggih, Jepun-comel sebab ada tema ikut karakter kartun, Malaysia-tua sebab biasanya berumur lebih 20 tahun. Sedih. Punya la banyak bus sekolah Malaysia yang cantik, si tua kerepot jugak yang dia ‘highlight’.

Souce: bharian.com.my

Tapi takpe, kita akur dengan kondisi bus sekolah negara kita. Mungkin tua tapi lulus PUSPAKOM dah kira okay, cuma masih ada unsur penyelenggaraan bus yang lemah. Dalam tragedi yang meragut nyawa mangsa, seorang murid Tahun 6 di Pasir Puteh itu pun polis dah keluar kenyataan. Bus tu ada permit dan lulus PUSPAKOM. Macam mana tu?

Pemandu juga ada lesen sah dan negatif dadah. Keluarga mangsa sudah tentu salahkan pemandu dan pengusaha bus. Pengerusi Pemandu dan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia pulak kata jangan salahkan pemandu dan pengusaha bus. Ada yang lain pula kata mangsa sedang bermain sebelum jatuh dan digilis. Kemudian keluar pulak tuduhan salahkan cikgu sebab sewaktu kejadian, tiada guru pengiring di dalam bus yang boleh ‘monitor’ aktiviti murid.

Habis tu siapa yang salah? Korang rasa?

Source: hmetro.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.