Adakah Kereta Anda ‘Bebas’ Coronavirus? Ini Barang Wajib Ada Dalam Kereta

Image source: columbian.com

Tahukah anda? Malaysia kini berada di tempat ke-4 Asia dengan jumlah mangsa tertinggi berkaitan Coronavirus selain negara China, Iran dan Korea Selatan. Catatan terbaru menunjukkan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sudah meningkat kepada 900 kes. Bayangkan sehari dah 100 kes baru! Itulah, orang suruh duduk diam-diam kat rumah, korang boleh pulak makan angin selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Korang ingat ni Cuti-Cuti Malaysia ke?

Image source: pngmart.com

Okay, mungkin korang kata korang dah duduk rumah, hanya ketua keluarga keluar untuk beli barang dapur. Jadi korang terselamat dari Covid-19? TIDAK! Sebab mungkin tanpa sedar anda ‘bawa balik’ virus tu dari pasar, ke kereta terus ke rumah. Jadi macam mana nak pastikan kereta anda bebas Coronavirus? Ini cara terbaik untuk anda:

1. GUNA SARUNG TANGAN PLASTIK PAKAI BUANG SEMASA PAM MINYAK

Source: reddit.com

Sesetengah pam minyak ada sediakan sarung tangan plastic pakai buang di stesen minyak. Jadi anda boleh pakai sarung tangan tu, isi minyak dan buang sarung tangan tu. Kenapa penting buat macam ni? Sebab tanpa sedar anda telah sentuh pam minyak yang telah digunakan oleh beratus orang sehari. Anda tahu kan virus ni boleh hidup lebih 4 jam pada sesuatu permukaan kan? Nak selamat, beli dan simpan dalam kereta anda. Alah bukan mahal pun. Kat Shopee pun ada. Tak sampai 5 ringgit pun untuk 100 helai.

2. HAND SANITIZER DENGAN ALCOHOL LEBIH 70 %

Source: amazon.com

Sebelum Covid-19, harga hand sanitizer tu berapa sen je. Sekarang? Mak aiii.. Boleh bayar muka kereta baru. Tu belum lagi lambakan hand sanitizer timbang kilo di pasaran. Sila pastikan anda beli yang kandungan alcohol 70% ke atas sahaja! Yang konon wudhuk friendly tu jangan beli, sebab katanya 0% alcohol. Jadi sebelum masuk ke dalam kereta tu, pakai hand sanitizer dulu. Baru la anda tak bawa virus tu bersama anda.

3. GUNA ALCOHOL PADS UNTUK LAP STERENG KERETA

Image source: shopee.com.my

Yang ni sangat jarang orang tahu kewujudan dia. Yeala, tangan korang pakai la hand sanitizer. Kalau stereng kereta takkan la korang nak sental dengan hand sanitizer kan? Cara terbaik ialah pakai alcohol pads ni. Ada banyak jenama di pasaran. Apa yang penting, pastikan 70% alcohol. Sebelum sentuh stereng tu, lap dengan alcohol pads ni dulu yea. Tak mahal pun, dalam RM 7++ je untuk 100 keping. Selain stereng, anda boleh lap pakai alcohol pads ni kat dashboard, butang radio dan sebagainya. Tapi sekiranya permukaan stereng tu jenis leather, jangan melebih-lebih guna alcohol pads ni. Nanti tak pasal-pasal rosak dan warna jadi pudar.

4. TOPENG MUKA PAKAI BUANG

Source: businessinsider.com

Sila pastikan anda ada stok face mask yang mencukupi. Sekiranya anda nak guna yang jenis kain tu, ingat ia hanya mampu bertahan untuk 3 jam sahaja. Jadi seeloknya guna yang jenis pakai buang tu. Pakai pun jangan terbalik yea. Kena ingat yang bahagian putih ke sebelah dalam. Beli sekotak terus pun boleh. Simpan dalam dashboard tu. Mahal pun nak buat macam mana. Dah terpaksa kan. Kalau ada farmasi yang hentam harga kaw-kaw, sila ambik gambar dan report je. Korang kan suka viral kan benda macam ni kan.

5. CARA-CARA LAIN YANG WAJIB ANDA IKUT

Image source: kbb.com

Cara lain untuk pastikan kereta anda bebas Coronavirus ialah dengan cara setiap kali lepas guna kereta, sila spray bahagian dalam kereta dengan spray anti-bakteria. Macam brand Dettol, Febreze tu pun boleh. Lagi elok lepas spray tu anda buka tingkap kereta sedikit. Kalau anda duduk dalam kawasan rumah berpagar boleh la. Orang kata ‘jemur’ kereta. Cuaca dan suhu di Malaysia yang memang panas ni boleh bunuh virus Covid-19 tu.

Lagi satu. Sebab sekarang kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan, jadi yang keluar rumah biasanya hanya suami atau si isteri je kan untuk beli barang dapur? Alang-alang anak tak ke mana tu, ini masa sesuai untuk simpan dulu carseat anak masing-masing. Kot korang nak cuci bersih dulu ke.

Paling penting, guna kereta hanya untuk ke tempat urusan penting je. Jangan nak pergi berkelah, bawa family bagai pulak. Kang terserempak dengan Diva AA, sound korang setepek baru reti nak duduk rumah diam-diam.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.