Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan sebuah Proton X90 berasap sehingga menimbulkan banyak spekulasi daripada netizen bahawa punca letupan adalah disebabkan bateri pada sistem hybrid ringan 48V yang digunakan oleh kenderaan elektrik hybrid pertama keluaran Proton itu.
Akur bahawa video itu mampu memberikan kesan yang buruk pada jualan serta nama baik Proton, maka pihak mereka dengan segera telah tampil dan mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkaitan insiden tersebut:

Sumber imej: facebook.com
Menurut pihak Proton, mereka memandang serius tentang insiden berkenaan dan menegaskan bahawa mereka sangat mementingkan kualiti dan keselamatan produk selain ingin memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa kesemua produk keluaran Proton dibina mengikut piawaian tertinggi. Justeru itu, kenderaan yang berasap dalam video yang tular itu juga kini berada dalam simpanan pihak Proton untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci.
Sebenarnya, sudah banyak kenderaan daripada jenama lain yang mengalami masalah atau insiden yang hampir sama. Tapi bila terkena pada Proton, memang kecoh satu Malaysia. Adakah rakyat kita memang suka hentam jenama Proton? Tidak. Malah ada ramai yang nampaknya masih menyokong Proton. Apa-apa pun, semoga baik-baik sahaja la yea.