KERETA YANG BAKAL MUNCUL TAHUN  2025!

Tahun 2024 bakal melabuhkan tirainya dan di sini kami akan kongsikan model-model baharu yang dijangka tiba pada tahun 2025. Antara model kereta yang bakal menjadi tumpuan untuk pengguna di Malaysia adalah:

Proton e.MAS 7

Sumber imej: proton.com

Pernah melakukan kemunculan pertama semasa perarakan Hari Kebangsaan 2024, kenderaan elektrik pertama keluaran Proton iaitu Proton e.MAS 7 telah menandakan langkah awal Proton kearah pasaran EV yang semakin mendapat sambutan di Malaysia. Didatangkan dalam dua varian iaitu asas (Prime) dan premium, harga yang diperkenalkan adalah bermula RM 109,800 hingga RM 123,800. Untuk pengetahuan, e.MAS 7 dibangunkan berasaskan Global Modular Architecture (GMA) dan diletakkan dalam kategori SUV segmen C (lebih kurang sama dengan Proton X70).

Perodua Emo-II

Sumber imej: thevocket.com

Perodua pernah membuat kejutan besar apabila melancarkan konsep kenderaan elektrik pertama mereka yang diberi nama Perodua eMO-II. Turut diberi jolokan sebagai ‘Electric Myvi’, ia mula diperkenalkan semasa acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 dengan rekaan yang futuristik. Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah eMO-II berkemungkinan bakal dijual pada harga di bawah RM 90,000 dengan pelancaran rasminya dijangka pada tahun 2025.

Honda Civic Facelift 2025

Sumber imej: funtasticko.net/

Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa model Civic facelift bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari 2025. Terdapat dua pilihan varian iaitu e:HEV RS dan Petrol RS. Tempahan kini sudah pun dibuka dan para peminat Honda sedan segmen-C kebanyakannya menjangkakan akan berlaku beberapa peningkatan dari segi reka bentuk yang lebih mengancam selain penggunaan teknologi yang lebih moden berbanding model terdahulu.

Antara model lain yang bakal muncul termasuk:

Citroën Basalt

Sumber imej: motor1.uol.com.br

Toyota Yaris Cross

Sumber imej: northweststar.com.au

Jetour

Sumber imej: es.linkedin.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.