2 KEJADIAN PESAWAT TERHEMPAS DALAM DISEMBER 2024.

Pada tahun 2014, dunia digemparkan dengan kejadian pesawat Malaysia Airlines yang hilang (MH 370) dan yang terhempas (MH 17). Selang 10 tahun kemudian, dua kejadian berkaitan pesawat berlaku lagi dalam bulan yang sama iaitu Disember 2024.

Pesawat pertama yang terhempas ialah penerbangan Azerbaijan Airlines Flight 8243 yang membawa 62 penumpang dan lima anak kapal yang berjadual dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev di Baku, Azerbaijan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kadyrov Grozny, Rusia. Menurut laporan, pesawat itu dipercayai ditembak oleh peluru berpandu anti-pesawat semasa mendekati Grozny sebelum terhempas berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.

Sumber imej: Aljazeera.com

Dalam kejadian yang berlaku pada 25 Disember 2024 itu, Presiden Azerbaijan iaitu Ilham Aliyev telah menuduh Rusia sebagai punca. Selain itu, Presiden Ukraine pula turut berpendapat bahawa Rusia bertanggungjawab dalam nahas pesawat tersebut selain turut membandingkan tragedi ini dengan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 pada tahun 2014.

Selang beberapa hari selepas kejadian pesawat Azerbaijan Airlines Flight 8243, dunia digemparkan sekali lagi dengan tragedi penerbangan Jeju Air  2216 yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan. Dalam kejadian itu, penerbangan Jeju Air 2216 pada awalnya berlepas dari Bangkok, Thailand sebelum mendarat dan terbabas dari landasan yang akhirnya merempuh dinding dalam satu letupan berapi.

Sumber imej: straitstimes.com

Apa yang lebih menyayat hati adalah seramai 179 daripada 181 mangsa yang menaiki Boeing 737 – 800 itu disahkan terbunuh, dengan hanya dua mangsa terselamat. Daripada jumlah penumpang, 173 di antara mereka adalah warga Korea Selatan dan dua warga Thailand dan kesemua mangsa berusia antara tiga hingga 78 tahun.

Sumber imej: bbc.com

Walaupun laporan terawal memberikan teori serangan burung merupakan punca utama pesawat tersebut terhempas, namun ramai pakar penerbangan mempersoalkan teori tersebut. Pihak Jeju Air pula masih enggan mengulas tentang tragedi tersebut dan hanya berkata siasatan sedang dijalankan.

Apa-apa pun takziah diucapkan kepada semua mangsa dan keluarga yang terlibat.

Tonton video yang dikongsikan oleh CNN:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.