Brek Kereta Rosak Semasa Memandu. Apa Yang Harus Anda Buat?

Image source: masterbrakeandmuffler.com

Anda dah baca tips menjaga brek kereta dengan betul. Dah tukar ‘brake pad’, minyak brek dan sebagainya. Itu adalah tips untuk elakkan brek rosak. Tapi bagaimana pula dengan kes brek rosak semasa anda sedang memandu? Dah tekan brek sampai habis tapi tetap tak berfungsi. Kalau jalan kampung boleh la buat aksi ‘stunt’ lompat keluar kereta. Kalau di lebuhraya? Takkan nak langar divider? Itu bukan penyelesaian yang betul.

Ingat, lebih 20% daripada jumlah kemalangan maut di jalanraya berpunca daripada brek rosak. Nampak tak betapa bahayanya situasi tersebut sekiranya anda tak tahu cara mengatasi yang betul. Jadi apa nak buat?

1. JANGAN MATIKAN ENJIN KERETA ANDA!

Source: carfromjapan.com

Tolong jangan matikan enjin kereta anda! Mengikut kajian yang dijalankan, ini merupakan kesalahan paling besar yang dilakukan oleh mangsa yang menghadapi situasi brek rosak semasa memandu. Ramai fikir kereta akan berhenti dengan sendiri bila enjin kereta pun mati. Itu semua silap. Malah akan membahayakan nyawa anda. Kenapa? Sebab bila enjin kereta mati, ‘power steering’ anda juga akan ‘mati’. Lebih parah, anda tidak lagi mampu mengawal arah tuju kereta anda dan boleh menyebabkan perlanggaran dengan apa-apa sahaja objek di hadapan anda.

2. PASANG LAMPU ‘HAZARD’

Source: blog.firestonecompleteautocare.com

Sila tekan butang dengan simbol berbentuk segitiga berwarna merah / oren pada ‘dashboard’ kereta anda. Memasang lampu ‘hazard’ atau lampu kecemasan adalah tindakan yang bijak! Anda telah pun memberi amaran kepada pengguna jalanraya yang lain bahawa anda dalam masalah. Walaupun mereka mungkin tak tahu apa masalah utama, tetapi sekurang-kurangnya lampu ‘hazard’ akan memberi mereka peluang untuk tidak ikut rapat atau memberikan anda lebih ruang.

3. JANGAN TEKAN PEDAL MINYAK

Source: mynewshub.tv

Tujuan utama kita sekarang ialah memberhentikan kereta dengan perlahan dan selamat. Jadi, sila pastikan anda tidak menekan pedal minyak. Secara logiknya, kereta anda akan mula perlahan dengan sendiri.

 

4. TUKAR KEPADA GEAR RENDAH

Source: migguanwanita.my

Sekiranya anda memandu kereta ‘manual’, sila tukar kepada gear yang lebih rendah. Contohnya daripada gear 5 kepada 4,3,2 dan 1 secara berperingkat. Sekiranya anda memandu kereta automatik, sila tukar gear anda dari “D” kepada “L” yang bermaksud “lower”.

5. TEKAN BREK SECARA BERKALA & TARIK BREK TANGAN PERLAHAN-LAHAN.

Source: wikihow.com

Walaupun brek kereta anda rosak, jangan putus asa. Anda masih boleh cuba tekan brek secara berkala dan apabila anda rasa kereta anda mula perlahan, anda boleh tarik brek tangan secara perlahan-lahan. Perhatikan bahagian berwarna kuning gambar di atas. Anda dinasihatkan untuk menekan butang pada brek tangan secara berkala semasa anda cuba menarik brek tangan tersebut. Ini untuk mengelakkan kereta anda daripada brek mengejut. Silap-silap kereta boleh ‘drift’, berpusing atau terbalik akibat impak brek yang kuat secara mendadak.

6. BUKA KESEMUA TINGKAP KERETA

Source: bm.cari.com.my

Tips tambahan. Sekiranya kereta anda masih terasa agak laju, anda juga boleh membuka kesemua tingkap kereta anda. Ini untuk meningkatkan aliran udara di dalam kereta dan menambahkan penggunaan tenaga kepada kereta untuk bergerak. Maka dengan sendirinya kereta akan mula perlahan akibat melawan arus angin.

7. TEKNIK PALING AKHIR – SERET KERETA

Source: wikihow.com

Ingat, ini merupakan teknik paling akhir. Iaitu seret kereta anda di sepanjang ‘divider’. Teknik ini kebiasaannya terpaksa dilakukan sekiranya anda memandu terlalu laju di lebuhraya sebelum menyedari kerosakan pada brek anda. Walaupun kereta calar dan rosak, tapi anda boleh baiki atau beli baru. Kalau nyawa melayang Tuhan tak ganti balik beb. Untuk teknik seret, pastikan kereta anda sudah berada dalam keadaan perlahan. Jangan masa 100km/j kau dah seret. Tu mendapat namanya. Faham ke tak faham?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.