“King Myvi” Jadi Kereta Peronda Polis. Habislah Bila “King” Ada Pangkat.

Beberapa hari yang lepas, tular video tentang beberapa buah Perodua Myvi daripada sebuah lori pengangkut dengan pelekat dan grafik badan peronda polis. Walaupun tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Perodua mahupun pihak Polis (PDRM) sendiri, namun ramai yang anggarkan bahawa “King Myvi” bakal menjadi kereta peronda polis yang baharu.

Menurut satu sumber daripada sebuah syarikat yang membekalkan aksesori dan komponen kereta, SM Offroad dan Outdoor Equipment (SMOE), projek tersebut merupakan inisiatif CSR (Corporate Social Responsibility) di antara PDRM dan Perodua. Selain itu, kenderan tersebut juga bakal digunakan untuk tugas rondaan di daerah terpilih sahaja. Patutlah ada nampak tulisan Ulu Yam Bharu pada bahagian pintu. Ingatkan untuk seluruh Malaysia.

UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

Jika melihat pada gambar-gambar yang tular, Perodua Myvi yang digunakan adalah varian AV yang turut dikuasakan oleh enjin 1.5L. Turut menggunakan transmisi automatic 4-kelajuan, kereta Myvi ini mampu menghasilkan 103 PS dan 137 Nm tork. Tapi jangan perkecilkan kebolehannya tau. Kalau tak, masakan ianya digelarkan sebagai “King” atau “Supercar Malaysia”. Setakat kejar kereta lain, mencilok, parking dalam ruang kecil, panjat tangga atau meredah banjir, semuanya Perodua Myvi boleh buat! Yang terbaru, tarik lori ShacMan73 Type-SSS pun boleh!

Tengok video di bawah:

@labus27 MyVi King 👑 serba boleh ley. Hargailah dan Bersyukurlah pada yang masih pakai MyVi ya 🤙🏻😁👌🏻. #Tanker #JarangTakLipat #JarangTakGongcang #RempitFighter #LawanTetapLawan ♬ Return of the Tres – Delinquent Habits

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.