3 Perkara Yang Harus Dan Tidak Patut Dilakukan Jika Kereta Sangkut Dalam Banjir
Dasyat sungguh bencana banjir bagi penutup tahun 2021. Air yang naik mendadak menyebabkan ramai mangsa terkandas dan terdapat juga banyak kenderaan yang tersadai dan ditenggelami air. Sejurus selepas air mula surut, maka ramai pemilik kenderaan mula mencari mekanik secepat mungkin bagi membaiki kenderaan mereka.
Jika anda merupakan salah seorang pemilik kenderaan yang ditenggelami banjir, pastikan anda peka dengan 3 perkara yang kami akan kongsikan:
1. JANGAN Hidupkan Enjin Kereta

Apabila air mula surut, jangan sesekali menghidupkan enjin kenderaan anda. Cuba bawa ke bengkel atau ke tempat yang lebih selamat dengan menaiki lori tunda. Apabila air merosakkan enjin dan piston tidak mampat atau bergerak seperti biasa, ia akan dipanggil sebagai “hydrolock” iaitu satu situasi paling teruk bagi kenderaan yang ditenggelami banjir. Jika kereta anda “hydrolock”, anda perlu sedar bahawa kos pembaikan adalah sangat tinggi atau paling teruk, kereta anda mungkin akan rosak sepenuhnya.
2. HARUS Keluarkan Air Dengan Segera

Perkara seterusnya yang perlu anda buat ialah buang semua air bertakung dalam kereta anda secepat mungkin. Semakin lama anda membiarkan air berada dalam kenderaan anda, semakin banyak keroskan yang bakal terjadi. Anda perlu tahu bahawa sistem pendawaian dan komponen mekanikal dalam sesebuah kenderaan adalah antara perkara paling ‘sensitif’ dan cepat rosak bila sesebuah kenderaan itu ditenggelami banjir. Jadi antara perkara utama yang perlu anda lakukan ialah keluarkan semua air yang bertakung dengan menggunakan tuala untuk menyerap air atau sekiranya anda mempunyai vakum basah/kering, anda boleh menggunakannya untuk mengeluarkan lebihan air. Tapi hati-hati, jangan sampai terkena renjatan elektrik pula!
3. WAJIB Lakukan Ventilasi Kereta
Sumber imej: seattlepi.com
Selepas anda berjaya kelaurkan semua air dalam kereta, pastikan anda melakukan proses ventilasi atau pengudaraan yang secukupnya pada kenderaan anda. Jika terdapat cahaya matahari yang mencukupi, turunkan tingkap, buka semua pintu dan biarkan haba matahari mengeringkan lebihan air yang terdapat dalam kenderaan anda. Nak lagi cepat, boleh juga buka kipas untuk mempercepatkan proses pengeringan. Proses ini sangat penting kerana selain untuk mengeringkan lembapan, anda juga mampu kurangkan bau busuk atau hapak dan mengelakkan pembiakan kulat.