X-1R, 30 TAHUN BERSAMA NASA

x1r

Pada awal tahun 1990-an, Cape Canaveral NASA (The National Aeronautics and Space Administration) telah menghadapi satu masalah besar. Yang mana Jabatan Kejuruteraan telah mengesan kerosakan pada sistem pelincir alat pengangkut crawler besar mereka. Untuk pengetahuan, crawler besar tersebut merupakan platform pelancaran mudah alih dengan saiz gergasi yang mana crawler itu akan membawa roket yang dipasang dari bangsal pemasangan sehingga ke pad pelancaran. 

Jadi tidak hairanlah jika crawler NASA merupakan salah satu di antara kenderaan di atas daratan yang terbesar di dunia. Bayangkan berat crawler NASA boleh mencecah sehingga 3 juta kilogram (sama berat dengan 1,000 trak pikap). Kapasiti muatan crawler pula ia boleh membawa lebih 20 kapal terbang 777 dengan muatan penuh.

rockets - How did Space Shuttles get off the NASA Crawler? - Space  Exploration Stack Exchange
Sumber imej: space.stackexchange.com

Jadi, walaupun jarak perjalanan crawler membawa roket itu hanyalah 6.4-kilometer dengan kelajuan tidak melebihi 1.6 km/j, namun perjalanan itu menyebabkan crawler mengalami masalah haus dan kerosakan berlebihan pada perangkak crawler. Disebabkan oleh kerosakan yang berlaku sangat teruk, pelbagai cara terpaksa digunakan oleh pihak NASA termasuk menggunakan minyak pelincir. 

Namun malangnya minyak pelincir yang mereka gunakan pada ketika itu tidak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, malah menimbulkan masalah yang lain termasuk mencemarkan tempat perlindungan hidupan liar.

Ini kerana minyak pelincir tersebut diperbuat daripada penyulingan petroleum dan logam berat yang dikenali sebagai Molibdenum yang mana ia akan memasuki air bawah tanah dan menyebabkan pencemaran kepada tempat perlindungan hidupan liar di sekitar Pusat Angkasa Kennedy.

Apabila pihak EPA membangkitkan kebimbangan mereka tentang isu ini, maka NASA telah mendekati X-1R dan meminta mereka untuk menghasilkan pelincir yang tidak mempunyai toksik, biodegradasi selain boleh mengatasi pelincir Molibdenum seperti sebelumnya. Selepas ujian menyeluruh oleh jurutera NASA, terbukti X-1R lebih unggul daripada mana-mana pelincir yang lain dan walaupun selepas 30 tahun, X-1R CTL masih digunakan sebagai pelincir pilihan untuk perangkak crawler NASA

Menurut Kevin Cook (Pengarah organisasi Space Foundation yang sering mempromosikan kesedaran berkaitan angkasa) telah melaporkan bahawa: 

“Mereka pasti akan melihat perbezaan dalam prestasi unit trek. Tiada lagi bunyi, malah perjalanan crawler NASA juga lebih lancar tanpa sebarang masalah haus atau lusuh.”

Selain itu, X-1R juga telah mendapat kelulusan yang diperlukan dan telah ditetapkan oleh EPA. Ini kerana kesemua produk X-1R mengandungi ejen Extreme Pressure (EP) sintetik sepenuhnya yang sesuai untuk beban berat atau kelajuan tinggi. Ini termasuk polyalphaolefins dan ester sintetik daripada sumber boleh diperbaharui yang mempunyai ciri antioksida, yang mana minyak ini mempunyai keupayaan yang nyata lebih baik untuk mengatasi masalah geseran dan menentang pengoksidaan.

Sekali gus, kenderaan anda akan berjaya mengurangkan masalah haus atau lusuh selain meningkatkan kecekapan minyak dan memanjangkan jangka hayat kenderaan.Kini, X-1R masih digunakan di Pusat Angkasa Kennedy 30 tahun selepas ia diperkenalkan dan ia merupakan satu rekod yang sangat membanggakan. Jadi, jika X-1R sangat berfungsi dan berkesan untuk NASA, kenapa anda tidak fikir ia akan berkesan untuk anda juga?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.