Volkswagen Golf GTI Dengan IQ Drive. Nyata Berbeza dan Lebih Selamat

Volkswagen Golf GTi (MK8) kini kembali dengan teknologi yang lebih canggih, iaitu IQ. DRIVE, sekaligus menjadi Volkswagen pertama dengan Bantuan Pemandu (ADAS).

Sejujurnya, walaupun pada bahagian luaran rekaaannya sama seperti Golf GTi (MK8) sebelum ini yang tidak mempunyai IQ. DRIVE, namun ada beberapa perbezaan yang dapat dilihat oleh peminat hot hatchback ini. Antaranya adalah Golf GTi dengan IQ. DRIVE mempunyai lampu kabus (fog lamp) serta cermin sisi yang boleh dilipat. Manakala bagi bahagian dalaman pula, model terbaharu ini didatangkan dengan ciri tambahan seperti pengejac tanpa wayar, pemanas, tujuh beg udara, sulaman “GTI” pada tempat duduk depan dan yang paling ketara adalah ciri keselamatan yang lebih hebat iaitu IQ. DRIVE.

Antara yang ciri keselamatan yang terdapat dalam sistem IQ. DRIVE adalah seperti berikut:

  • Panduan Lorong Adaptif
  • Bantuan Lorong
  • Bantuan Brek Kecemasan Hadapan (Brek Kecemasan Autonomi – AEB)
  • Amaran Lintasan Belakang
  • Bantuan Sisi (pemantau titik buta atau blind spot)
  • Bantuan Kembara dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Perkara yang paling kami suka tentang Golf GTi dengan IQ. DRIVE ini adalah semasa pandu uji. Ternyata walaupun ia turut dijana oleh enjin 2.0 liter TSI turbocas empat silinder yang menghasilkan 245 PS dan 370Nm tork, pengalaman pandu uji model ini terasa lebih stabil dan lebih selamat walaupun dalam kelajuan yang agak tinggi. Contohnya, semasa di kawasan selekoh, kawalan stereng terasa seperti ada ‘pembantu’ yang membantu pemandu untuk masih berada di lorong yang betul berbanding sebelumnya tanpa IQ. DRIVE, yang mana sesekali tayar kereta seakan terkeluar sedikit dari lorongnya. Di sini, pemandu dapat rasa pemanduannya lebih mantap dan lebih yakin.

Sumber imej: timmonsvw.com

Selain itu, semasa memandu di lorong paling kanan di lebuhraya, pernah ada kereta di hadapan yang berhenti secara mengejut, namun dengan Bantuan Brek Kecemasan Hadapan (Brek Kecemasan Autonomi – AEB), ternyata pemandu berjaya mengawal pemanduan dengan lebih cepat dengan kawalan stereng yang juga lebih responsif.

Sumber imej: timmonsvw.com

Jadi secara kesimpulannya, kami boleh katakan bahawa pada harga yang lebih tinggi sedikit berbanding model sebelumnya, iaitu pada harga bermula RM 244,990, model Golf GTi dengan IQ. DRIVE nyata lebih berbaloi untuk dimiliki. Tunggu apa lagi? Serbulah Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) di Puchong sekarang!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.