Top Gun: Maverick. Tom Cruise Dilarang Terbangkan Sendiri Jet Pejuang F-18 Super Hornet

Tom Cruise memang terkenal sebagai antara pelakon Hollywood yang suka melakukan lagak ngeri sendiri, termasuk terbangkan beberapa kapal terbang dan helicopter dalam filem Mission Impossible dan filemnya yang lain. Ini kerana beliau sangat kurang suka menggunakan CGI dalam filemnya supaya kualiti filem tidak kelihatan seperti ‘kartun’. Jadi setakat aksi tergantung di luar pesawat (Mission Impossible: Rogue Nation) atau terbangkan helicopter (Mission Impossible: Fallout) memang bukan perkara yang mustahil bagi pelakon tersohor ini.

Walaupun dia mampu terbangkan kapal terbang dan helikopter, namun malangnya penerbit filem Top Gun: Maverick iaitu Jerry Bruckheimer mengatakan bahawa US Navy melarang sama sekali permintaan Tom Cruise untuk terbangkan jet pejuang F-18 Super Hornet yang bernilai US$70 juta (RM 307.82 juta). Jet pejuang F-18 Super Hornet itu memang ada digunakan di dalam filem tersebut, namun semua adegan itu dilakukan dengan bantuan juruterbang US Navy sendiri. Kenapa? Mengikut sumber, sebab logik disebalik beliau tidak dibenarkan untuk terbangkan sendiri F-18 Super Hornet adalah disebabkan oleh kebimbangan terhadap insurans.

UBAH RON95 KEPADA RON98. KLIK SINI:



No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.