Senarai Kereta Pertama Pilihan Rakyat Malaysia. Jimat Harga Dan Minyak

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

[/vc_row]

AJAIB! UBAH RON95 KEPADA RON98. JIMAT KOS MINYAK DENGAN X-1R:

1. Perodua Axia

Si kecil molek Perodua Axia. Juga menggantikan Perodua Viva sebelum ni, dengan bentuk seakan Myvi. Antara kereta yang tersenarai kat sini, Perodua Axia ni yang paling murah. Bermula pada harga RM 22,990 bagi 1.0 E Hatchback (anggaran bulanan RM 298) sehingga RM 44,600 bagi 1.0 Advance Hatchback (anggaran bulanan RM 578). Namun, kalau kita buat perbandingan dari segi penjimatan minyak, kereta Perodua Axia kalah di belakang Perodua Bezza. Ini kerana, penggunaan minyak Perodua Axia ialah sebanyak 20.1km bagi setiap liter.

2. Proton Saga

Proton Saga tersenarai dalam kategori kereta sedan bajet. Harga bermula dari RM 28,000 bagi Saga 1.3 Standard Sedan (anggaran bulanan RM 363) sehingga RM 43,000 bagi Saga 1.3 Premium Sedan (anggaran bulanan RM 557). Untuk tahap penggunaan minyak, Proton Saga telah mencatatkan penggunaan sebanyak 20.1km bagi setiap liter, iaitu sama dengan pencapaian Perodua Axia.

3. Perodua Bezza

Perodua Bezza termasuk dalam senarai kereta sedan bajet seangkatan Perodua Bezza. Harganya juga cukup berpatutan, bermula dari RM 34,490 bagi Perodua Bezza 1.0 GXtra (anggaran bulanan RM 447) sehingga RM 49,390 bagi 1.3 Advance Premium (anggaran bulanan RM 640). Untuk penggunaan minyak pula adalah paling jimat jika dibandingkan dengan kereta lain dalam senarai kali ni, iaitu anggaran dari 21km/liter sehingga 22.8km/liter. Mengikut pengiraan kos maintenance pula dianggarkan sebanyak RM 3095.38 untuk 5 tahun penggunaan.

4. Perodua Myvi

Kereta nombor satu di Malaysia yang serba boleh. Harga untuk kereta baru bermula dari RM 42,000 – RM 43,000 (anggaran bayaran bulanan RM 500 – RM 570) dan mencecah sehingga RM 55,900 (anggaran bayaran bulanan RM 725). Tapi harga bayaran bulanan juga bergantung kepada berapa banyak yang anda bayar untuk down payment yea. Penggunaan minyak ialah pada kadar 20.1 km/liter iaitu sama Perodua Axia dan Proton Saga selain kadar pecutan 0-100km/j ialah lebih kurang 12.5 saat. Bagaimana dengan maintenance? Anda jangan risau, semakin banyak orang guna kereta jenis ni, semakin banyak spare parts yang dijual dan harganya juga agak murah berbanding jenis kereta yang jarang orang pakai. Cuma anda kena hati-hati, sebab spare parts tiruan pun turut banyak berada di pasaran.

5. Honda Jazz

Bentuk seakan sama dengan Myvi kan? Tapi lambang “H” itu yang menjadi dambaan hati ramai gadis & makcik yang mencari menantu. Hah! Kalau bajet tu ada lebih sikit, kot kerja pertama pun dah tahap pegawai, boleh la nak try. Harga untuk yang baru bermula dari RM 61,000 (anggaran bulanan RM 790) sehingga RM 86,000 (anggaran bulanan RM 1,115). Pihak Honda claim kereta ni jimat minyak iaitu 4 liter setiap 100km (bersamaan 25km/l). Kadar pecutan 0-100km/j pula lebih kurang 8.7 saat. Kos maintenance mungkin lebih mahal sikit dari Myvi, tapi antara paling murah berbanding adik beradik Honda lain.

Untuk lebih ringkas, kita tengok jadual di bawah untuk perbandingan jenis kereta, harga dan juga penggunaan minyak.

Nota penting untuk pengguna jalan raya. Ada produk yang mampu untuk memberikan lebih kilometre, iaitu Octane Booster. Boleh tengok dekat website X-1R untuk tahu lebih lanjut.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.