Selepas Proton X50, Adakah Proton Bakal Keluarkan X90 Pula?

Sumber imej: autoindustriya.com

Proton baru sahaja melancarkan ‘adik’ kepada Proton X70, iaitu Proton X50, di mana laporan menunjukkan kereta keluaran terbaru Proton itu mendapat tempahan yang luar biasa. Malah, disebabkan tempahan yang sangat banyak, maka tempoh menunggu untuk dapatkan kereta tu adalah sehingga enam bulan!

Tak lama lepas pelancaran Proton X50 di Malaysia, baru-baru ni syarikat Geely telah melancarkan sebuah lagi model SUV yang lebih besar berbanding Proton X70 di Filipina. Kita tahu yang kereta Proton X70 ialah Geely Boyue/Azkarra, Proton X50 ialah Geely Binyue/Coolray dan kini Geely Haoyue pula dengan 7 tempat duduk. Adakah mungkin Geely Haoyue yang namanya di Filipina ni Geely Okavango jadi Proton X90 di Malaysia? Tidak mustahil!

Sumber imej: zigwheels.ph

Kenapa tidak mustahil? Sebab kita tahu yang keluaran SUV dari Proton di Malaysia memang mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat kita sekarang. Jadi tidak salah sekiranya mereka memperkenalkan kereta SUV Geely dengan nama Geely Haoyue di China atau Geely Okavango di Filipina ni sebagai Proton X90 pula. Mungkin ia bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun akan datang pula yang mana target utama mereka kali ni ialah untuk keluarga yang agak besar.

Sumber imej: autoindustriya.com

Sekilas pandang memang macam Proton X70, cuma badannya agak besar sedikit kan? Nama Proton X90 tu cuma andaian je, sebab mengikut kepada trend nama yang diberikan oleh Proton kepada kereta di pasaran Malaysia.

Dengar cerita mustahil mereka akan gunakan nama Okavango di pasaran Malaysia. Sebab walaupun Okavango tu berasal dari Afrika dan merupakan antara tujuh keajaiban dunia oleh UNESCO, tapi maksud Okavango bagi masyarakat India pula memang tak senonoh langsung. Ia membawa maksud “mari bersetubuh”. Memang tak sopan dan sudah pasti dapat tentangan hebat andai mereka nak gunakan nama tu di Malaysia kan? Anda rasa?

Sumber imej: zigwheels.ph
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *