PUBGM x Lotus: Bergaya di Medan Pertempuran Dengan Kereta Sport Mewah

Kalau sebelum ini kita biasa turun ke medan tempur PUBG MOBILE dengan motor, kereta atau buggy yang ada dalam game, kali ini PUBGM bawa sesuatu yang jauh lebih bergaya kereta sport mewah dari jenama British terkenal, Lotus!

Kerjasama PUBGM x Lotus ini berlangsung bermula sekarang hingga 4 November 2025, jadi para pencinta game ada masa terhad untuk merasa sendiri pengalaman memandu kereta sport premium di dalam battle royale kegemaran ramai.

Dua Model Ikonik: Lotus Emira & Lotus Emeya

Dalam kolaborasi ini, dua model Lotus yang cukup ikonik dibawa masuk ke medan tempur Lotus Emira dan Lotus Emeya. Kedua-duanya bukan sahaja direka dengan gaya tersendiri, tapi juga hadir dengan warna eksklusif khas untuk PUBG MOBILE.

Emira—Lotus

  • Lotus Emira: boleh didapati dalam warna Deep Grove yang elegan dan Azure Drift yang sporty.
  • Lotus Emeya: tampil dengan warna Golden Sprint yang premium dan Ungu Volt yang garang.

Emeya

Bayangkan turun ke Erangel atau Livik dengan kereta yang nampak macam keluar terus dari litar lumba – confirm semua mata tertumpu pada squad korang.

Aksesori Khas untuk Gaya Lebih Padu

PUBG MOBILE juga tak lupa untuk tambah sentuhan ekstra. Pemain boleh hias kenderaan Lotus dengan spoiler Blackwasp dan Stormrush, guna Lotus Parachute semasa terjun, atau pilih item unik macam Lampiran Labah-labah dan Lampiran Labu untuk tunjukkan gaya tersendiri di dalam game.

Aksesori-aksesori ini bukan sekadar kosmetik, tapi bagi pemain tegar, ia adalah cara untuk tunjuk identiti dan keunikan squad masing-masing. Dalam dunia PUBG MOBILE, gaya memang sama penting dengan skill!

Limited-Time Event – Jangan Lepaskan!

Kerjasama eksklusif ini cuma ada hingga 4 November 2025, jadi kalau anda pencinta kereta sport dan juga PUBG MOBILE, inilah masanya. Pastikan anda update atau muat turun PUBG MOBILE dari App Store dan Google Play Store, dan alami sendiri pengalaman bergaya dengan kereta Lotus di medan battle royale paling popular di dunia.

PUBGM x Lotus bukan sekadar kolaborasi biasa ia gabungan aksi, gaya dan prestasi yang buat setiap pusingan jadi lebih epik. So, squad ready? Let’s go gaya Lotus!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.