Perodua Perkenal Ativa Hybrid. Hanya 300 Unit, RM500 Sebulan

Tanggal 26 September 2022, Perodua telah memperkenalkan kenderaan hybrid pertama mereka, Perodua Ativa Hybrid. Hanya 300 pelanggan yang terdiri daripada individu dan korporat di bawah “EZ MOBi” yang akan menerima kenderaan tersebut kerana model hybrid itu bukan untuk jualan di pasaran tempatan. Untuk permulaan, seramai lima pelanggan bertuah telah menerima ‘mock key’ semasa majlis yang berlangsung di Mandarin Oriental Kuala Lumpur semalam.

Untuk pengetahuan, model Ativa Hybrid ini merupakan sebahagian daripada program perintis dan kajian oleh Perodua bagi melihat tahap penerimaan pelanggan terhadap kenderaan elektrik pertama mereka. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin, program itu juga adalah antara cara untuk pihak Perodua mendapatkan pandangan unik dan mengenalpasti keperluan pelanggan apabila menggunakan kenderaan elektrik.

Apa yang pelanggan terpilih akan dapat?

Mana-mana pelanggan yang terpilih dalam program ini perlu membayar RM 500 sebulan untuk tempoh lima tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan akhir sekali, mereka perlu memulangkan semula kereta Ativa Hybrid itu kepada pihak Perodua. Namun yang menariknya, sebarang penyelenggaraan, membayar insurans kenderaan dan cukai jalan semuanya akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Perodua. Kiranya, pelanggan terpilih itu hanya perlu bayar yuran langganan RM 500 sahaja sebulan untuk menikmati pakej langganan yang ditawarkan oleh Perodua.

Apa yang menariknya tentang PERODUA Ativa Hybrid?

Menariknya, Perodua Ativa Hybrid ini menggunakan sistem “hybrid bersiri” yang mana set motor elektrik menggerakkan roda kenderaan manakala enjin bertindak sebagai penjana kuasa untuk mengecas bateri. Selain itu, model ini menggunakan enjin 1.2L (WA-VEX) yang mana gabungan teknologi Sistem Bersiri Perodua Ativa Hybrid ini mampu mencapai jarak sehingga 31.3 kilometer per liter (lebih kurang RM 23 daripada Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, iaitu jarak 358 kilometer). Jimat tu!

Tapi sayangnya hanya 300 pelanggan di bawah EZ MOBi sahaja yang boleh merasai ‘kehebatan’ sebuah kereta hybrid daripada PERODUA buat masa sekarang. Mungkin kita juga bakal merasa di masa akan datang?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.