PANDU UJI: Mitsubishi Xpander. MPV Bawah RM 100K Paling Berbaloi Dimiliki
UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:
Jika di pasaran Indonesia, Mitsubishi Xpander memang tergolong dalam MPV paling diburu selain Xpander Cross dan Toyota Avanza. Antara faktor yang membuatkan mereka sukakan MPV ini adalah kerana rekabentuk yang lebih futuristik, ruang kabin yang lebih luas dan selesa, serta harganya yang berpatutan yang menjadikan Mitsubishi Xpander kekal laris di pasaran. Namun, bagaimana pula dengan pendapat orang Malaysia?
Jawapannya sudah tentu MPV ini layak dimiliki bukan hanya kerana ciri-ciri yang terdapat padanya, namun kerana harganya di pasaran Malaysia juga sangat berpatutan. Untuk memastikan jawapan ini, kami daripada Automology sendiri telah pandu uji kereta ini. Memang terbaik! Ini antara pendapat kami:
1. Rekabentuk Luaran
Jika melihat kepada rekaan luaran, bahagian depan menggunakan rekaan ‘Dynamic Shield’ yang kelihatan lebih garang dan futuristic. Sekilas pandang, memang seakan sama dengan adik-beradiknya yang lain iaitu Mitsubishi Outlander dan juga Triton. Bahagian belakang juga tidak ketinggalan dengan mempunyai rekaan L-Illumination LED tail lamps, satu rekaan yang sangat bagus yang membantu meningkatkan tahap keselamatan dan penglihatan kepada pengguna jalan raya yang lain.
2. Ruang Kabin
Ruang kabinnya memang sangat luas dan selesa. Dengan menggunakan material leatherette (kulit tiruan) pada bahagian kerusi, menjadikan rekaan dalaman kelihatan lebih premium. Selain itu, Mitsubishi Xpander ini turut mempunyai sistem peredaran udara belakang yang menjadikan kesemua penumpang turut merasa selesa dan sejuk. Malah, penumpang bahagian belakang juga boleh mengawal sendiri kelajuan kipas dengan pelaras kipas 4 kelajuan.
3. Praktikal
Sesungguhnya MPV ini mempunyai banyak ruang untuk menyimpan barang dan sangat praktikal buat seisi keluarga. Tidak cukup dengan ruang penyimpanan barang di setiap pintu, penumpang pada bahagian paling belakang (baris ketiga) juga turut mempunyai ruang tersendiri. Malah, ia juga mempunyai ruang ‘rahsia’ iaitu storan tambahan pada bahagian bawah kerusi penumpang hadapan dan juga pada bahagian but belakang. Biasanya mak-mak atau isteri paling suka bahagian storan banyak macam ni. Boleh letak kasut atau beg banyak-banyak.
4. Harga
Selepas melihat kepada ciri-ciri yang terdapat pada sebuah Mitsubishi Xpander, kami boleh katakan yang MPV ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Dengan keluasan, keselesaan dan ciri keselamatan yang ditawarkan, MPV ini sebenarnya layak untuk dipertimbangkan untuk mereka yang mempunyai keluarga yang agak besar dengan bajet di bawah RM 100,000.
Apa anda tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan pandu uji sendiri Mitsubishi Xpander di mana-mana pusat pameran Mitsubishi yang sah berdekatan dengan kediaman anda. Jika nak tahu dengan lebih lanjut, anda juga boleh melawat laman sesawang rasmi mereka ATAU anda juga boleh menonton video penuh kami di: