Kalau manusia atau haiwan yang hamil, itu memang normal. Tapi bayangkan kalau kereta yang hamil? Namun itulah yang berlaku kepada banyak kereta di China yang mana bahagian bonet kereta membuncit sama seperti wanita hamil. Kejadian luar biasa itu telah tular di media sosial dan ramai netizen yang menggelarkan ia sebagai ‘kereta hamil’.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Menurut sebahagian pengguna platform X, fenomena ‘kereta hamil’ itu hanya berlaku kepada kenderaan buatan tempatan sahaja (China) yang mana suhu panas melampau uang melanda negara itu telah menyebabkan gas dan udara pada pelekat yang melindungi cat terperangkap lalu mengembang.
Sumber: x.com
Oleh sebab itu, banyak kenderaan yang diparkir di tengah panas di tempat terbuka akan mengalami masalah ‘kereta hamil’ akibat cuaca terlalu panas. Malaysia pun panas, tapi tiada pula kejadian sebegini kan? Adakah suhu di negara China sekarang terlalu panas mengalahkan suhu di Malaysia?
Ya, menurut laporan yang dikeluarkan oleh NBC News, negara China sedang dilanda cuaca panas melampau yang mana suhu di sekitar timur dan barat laut China boleh mencecah sehingga 43.9 darjah Celcius yang turut ‘membakar’ Zhejiang, Jiangsu, Shanghai, Anhui dan Xinjiang. Tak boleh bayangkan panasnya kan?
Sumber imej: bworldonline.com