Kalau Dah Kaya, Keranda Pun Bentuk Kereta Mercedes Benz

Sumber imej: thesun.co.uk

Bagi sesetengah masyarakat di dunia, kematian bukanlah satu pengakhiran. Malah, ada sesetengah kaum atau etnik tertentu yang melakukan upacara besar-besaran apabila berlakunya sesuatu kematian. Tradisi sebegini memang sangat popular, lebih-lebih lagi di kalangan etnik Ga daripada kelompok masyarakat di Ghana. Di sana, kita boleh melihat status atau kesukaan seseorang yang telah meninggal dunia dengan melihat bentuk keranda.

Jadi tidak hairanlah jika bentuk keranda yang paling popular bagi golongan ‘kayangan’ ialah kereta Mercedes Benz. Lagi menarik, mereka juga akan ditanam bersama-sama dengan keranda tu.

Sumber imej: nms.ac.uk

Berapa lama tempoh untuk siapkan keranda ini? Kebiasaannya, masa yang diambil bergantung kepada kepakaran pembuat keranda, dan juga status si mati. Purata masa yang diambil untuk siapkan ialah diantara dua hingga enam minggu. Kalau si kaya nak keranda bentuk kereta mewah, bagaimana pula yang lain? Jangan terkejut, kalau ada juga yang berbentuk lori, bus, kapal terbang, truk serta beberapa bentuk yang lain.

Mesti anda tertanya, yang keranda bentuk kapal terbang tu sebab dia memiliki kapal terbang ke? Bukan. Ada antaranya yang semasa hidup mempunyai cita-cita untuk melancong, tapi tak berkesempatan. Bagaimana pula dengan bus? Seperti ada satu kejadian kemalangan jalanraya yang menyebabkan seorang pemandu bus meninggal, jadi keranda si mati tadi berbentuk bus.
Kos untuk membuat keranda unik ni bukanlah murah. Satu bentuk yang biasa pun boleh mencecah sehingga US$1,000 sedangkan purata gaji sehari rakyat sana cuma US$3 sehari. Jadi, tradisi ini kebiasaannya membuat banyak ahli keluarga si mati akan berhutang demi tersayang.

Menarik bukan?

Sumber imej: sepulkralmuseum.de

Sumber imej: theguardian.com

Sumber imej: pinterest.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *