Jangan Terkejut Tengok ‘Road Signboard’ Ni. Sejarah Nama Jalan dan Tempat Pelik di Malaysia.

Pernahkah anda fikir tentang asal-usul nama sesuatu tempat atau jalan yang anda temui? Kalau yang menggunakan nama orang tu kita dah boleh agak, tu mesti nama tokoh ternama sesuatu negeri atau negara. Tapi kalau nama jalan yang seolah tangkap muat tu macam mana? Sempena bulan Merdeka ni, jom kita singkap sejarah nama-nama jalan dan tempat di Malaysia yang ramai tak tahu.

DESA TEMU JODOH, JOHOR

Source: mhetv.my

Kepada sesiapa yang menuju ke Labis, Gemas atau Chaah, anda pasti pernah tertengok nama Desa Temu Jodoh pada papan tanda jalan tu. Memang kena dengan namanya, sebab sejarah nama jalan / tempat tu berasal dari tahun peristiwa pada tahun 1972. Seramai 24 pasangan suami isteri telah mengadakan majlis perkahwinan serentak di bawah kelolaan kerajaan negeri Johor. Lagi ‘sweet’ bila kebanyakan pasangan merupakan peserta Tanah Rancangan Muda di mana peserta kebanyakan bujang. Kata mereka, perkenalan antara belia dan beliawanis program tersebut telah membibitkan rasa cinta antara mereka. Cia cia cia…

Source: segamat.com.my

 

MANEK URAI, KELANTAN

Source: kembaraminda7.com

Manek Urai ialah sebuah perkampungan kecil yang terletak di Kuala Krai, Kelantan. Mana-mana yang nak balik Kelantan melalui lebuhraya Gua Musang tu memang akan ternampak la papan tanda ni. Mesti korang ingat namanya berasal daripada rantai manik yang terurai kan? Korang silap! Sebenarnya nama Manek Urai diambil sempena seorang perempuan jelita bernama Mak Nik. Sebab Mak Nik ni sangat popular ibarat instafamous di zaman silam dengan rambut yang panjang mengurai, maka lahirlah nama Manek Urai. Terbayang perempuan cantik dengan rambut mengurai? Bukan yang tengah malam duk ketawa mengilai tu ek. Hmmm…

BATANG BERJUNTAI @ BESTARI JAYA, SELANGOR

Source: iluminasi.co

Antara nama jalan / tempat yang kerap mendapat perhatian dek keunikan namanya. Suatu ketika dikenali sebagai Batang Berjuntai, namun akibat terlalu banyak kontroversi daripada nama tersebut, kini ia telah dikenali sebagai Bestari Jaya. Asal nama tempat ni dulu daripada sebatang pokok besar yang mempunyai dahan yang berjuntai. Ada juga yang kata berasal daripada pohon merbau di tepi Sungai Selangor pada tahun 1950-an dulu. Tapi sekarang arap maaf yea, kalau korang cari ‘signboard’ dengan nama Batang Berjuntai memang korang takkan jumpa dah.

Source: soscili.my

KG. PENAJIS, NEGERI SEMBILAN

Source: lemongrass2u.blogspot.com

Sesiapa yang melalui jalan ni, mesti akan menoleh 2,3 kali. Walaupun diberi nama Kg. Penajis, tapi ia tiada kaitan dengan najis atau orang yang suka berak merata ke apa. Sebab kalau ikutkan sejarah, nama asal ialah Penajuh bersempena nama peneroka kampung terdahulu iaitu Datuk Najuh. Juga dikenali sebagai Kg Panajeh yang bererti orang yang memakai mahkota. Tapi macam nama dulu lagi okay je bunyi dan ejaannya kan?

JALAN MICROWAVE, SABAH

Source: jalphonsa.blogspot.com

Pada yang menggunakan Lebuhraya Kota Kinabalu – Sandakan, anda pasti akan melalui Jalan Microwave di KM177/126. Nama jalan ni tiada kaitan dengan ‘microwave’ yang korang guna untuk panaskan lauk tu. Sebenarnya ia berasal daripada papan tanda untuk ke stesen telekomunikasi (Telekom Malaysia) yang menghantar dan menerima isyarat gelombang mikro radio. Cuma tak berapa pasti kenapa nama jalan tu kena ‘microwave’ dan bukan mikro radio?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *