BINI SUKA SHOPPING? INI KERETA DENGAN BUT PALING BESAR BAWAH RM 100K

Apabila berkeluarga, antara perkara penting yang sering difikirkan adalah untuk mendapatkan kenderaan baharu yang lebih selesa, selamat dan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi, bukan sahaja ruang dalaman kereta yang menjadi ukuran malah saiz ruang but kereta itu juga perlu lebih besar dan mampu memuatkan banyak barang. Lebih-lebih lagi jika pasangan anda adalah seorang ‘kaki shopping’. Jadi, jika anda terfikir untuk mencari kereta dengan ruang but yang besar tapi dengan harga yang murah iaitu di bawah RM 100K, ini adalah antara 5 model kereta dengan but paling besar yang anda boleh pilih:
5. Nissan Almera (482L)
Walaupun kurang popular jika dibandingkan dengan pesaingnya seperti Honda City dan Toyota Vios, namun bagi mereka yang mempunyai bajet kurang RM 100K masih boleh meletakkan Nissan Almera di dalam senarai antara sedan segmen-B yang mempunyai saiz ruang kargo yang agak besar iaitu sekitar 482L. Harga jualan untuk sebuah Nissan Almera baharu bagi tahun ini bermula daripada RM 83,888 hingga RM 95,888. Nak tahu dengan lebih lanjut, anda boleh ke pautan https://nissan.com.my/category/vehicle-all-new-nissan-almera/
4. Proton S70 (500L)
Umum tahu bahawa Proton S70 adalah antara model yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia. Dengan reka bentuk yang nampak sporti, trendy dan premium seperti kereta conti, sebenarnya kereta ini juga turut mempunyai ruang dalaman yang minimalis dengan ruang kargo yang agak besar iaitu sekitar 500-liter. Dengan harga bermula RM 73,800 hingga RM 94,800, ternyata model S70 ini antara yang paling berbaloi untuk dimiliki. Untuk rasai sendiri prestasinya, cuba pandu uji dahulu atau layari laman sesawang rasmi Proton di https://www.proton.com/ sekarang.
3. Perodua Bezza (508L)
Turut dikenali sebagai ‘King’ alaf baharu dan cuba merampas takhta ‘King’ daripada Perodua Myvi selepas kes hampir 30 buah kereta peronda polis cuba mengejar Perodua Bezza dari Petaling Jaya ke Cyberjaya tahun lepas, rupa-rupanya Perodua Bezza ini mempunyai ruang kargo yang agak besar iaitu sekitar 508L! Lagi menarik, Perodua Bezza juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kesemua model yang ada di dalam senarai kali ini iaitu bermula dengan harga RM 33,456 (manual) hingga RM 48,356 (1.3 AV Automatik). Nak dapatkan info lanjut boleh ke https://www.perodua.com.my/ms/model-kami/sedan/bezza.html
2. Proton Persona (510L)
Proton Persona baharu yang turut dikenali sebagai Persona lipas kerana rupa bentuknya yang agak ‘lain’ ini sebenarnya sangat seronok untuk dipandu. Harganya juga rendah dengan ruang kargo sehingga 510L! Nampak macam kecil tapi ruang kargonya tidak mengecewakan langsung. Patutlah kita dapat lihat ramai kaum Hawa yang suka memandu Persona lipas ni kan? Rupanya mungkin sebab mereka suka dengan saiz butnya yang cukup luas yang mampu menampung muatan yang banyak dalam satu masa yang sama. Jadi, buat abang-abang yang sedang mencari kereta yang sesuai untuk isteri apa kata bawa suri hati ke mana-mana bilik pameran Proton yang terdekat sekarang? Atau anda boleh intai dulu di https://www.proton.com/en/models/persona.
1. Honda City (519L)
Juara bagi senarai kereta bawah RM 100,000 dengan ruang kargo yang paling besar tak lain tak bukan adalah Honda City! Dengan harga bermula RM 84,900 anda akan dapat sebuah sedan dengan ruang kargo sehingga 519L! Memang berbaloi sangat-sangat khususnya buat mereka yang memang suka dengan jenama H dan inginkan ruang untuk menampung muatan yang lebih banyak. Anda boleh ke mana-mana pusat pameran Honda di seluruh Malaysia atau anda juga boleh layari https://www.honda.com.my/model/city. Mana la tahu kot-kot tengah intai Honda City, sekali terbeli Honda CR-V. Eh?