BERAYA DI KELANTAN DENGAN VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE R-LINE.

TERIMA KASIH FEDERAL AUTO.

Baru-baru ini Pika telah diberi peluang oleh pihak pengedar sah Volkswagen di Malaysia, F.A Wagen (Federal Auto) untuk menikmati pengalaman balik beraya di kampung dengan memandu sebuah Volkswagen Tiguan Allspace R-Line sehingga ke Kota Bharu, Kelantan!

Sumber imej: volkswagen.com.my

Jika sebelum ini Pika hanya sempat memandu uji kenderaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja, namun kali ini pihak Federal Auto ingin kami betul-betul merasai pengalaman memandu salah sebuah SUV mereka untuk perjalanan jauh pula. Macam mana rasanya bila seorang wanita, pandu uji Volkswagen Tiguan Allspace R-Line sambil bawa satu keluarga dan barang penuh but kereta selain menempuh jalan sesak di musim perayaan sehingga berbelas jam?

Bagaimana pula dengan penjimatan minyak? Sebab selalunya bila membawa muatan lebih dengan jalan sesak, mesti kereta makan minyak kan? Namun, apa yang boleh Pika katakan adalah Volkswagen Tiguan Allspace R-Line ini sangat jimat minyak! Bayangkan dengan anggaran saiz tangki sekitar 60L hingga 63L, Pika isi penuh dengan kos RM 90 dan jarak anggaran yang mampu SUV ini capai untuk satu tangki penuh adalah sekitar 650 kilometer. Selepas itu, Pika bertolak daripada Kuala Lumpur melalui laluan LPT 2 – Kuala Dungun – Pantai Rantau Abang – Gong Badak dan apabila sampai ke destinasi di Kota Bharu, baki minyak masih lagi ada untuk jarak lebih 100 kilometer! Apa yang boleh Pika katakan, walaupun jarak perjalanan jauh, jalan sesak dan tempoh perjalanan pula sangat lama sehingga berbelas jam, penjimatan minyak kereta ini sangat SUPERB!

Bagi sesetengah orang, mereka menganggap Volkswagen Tiguan Allspace R-Line ini mempunyai rangka yang agak besar dan enjin berkuasa tinggi yang seakan kurang sesuai jika dipandu oleh seorang wanita. Namun, mengikut pengalaman Pika, SUV ini sangat ‘mesra ibu-ibu’ yang mana ia amat mudah dipandu dan pengendaliannya juga sangat mantap. Adakah ia terasa ‘berat’? Tidak sama sekali. Walaupun SUV crossover ini seberat 1680kg namun pemanduan tidak rasa seperti ‘membuang’ sama sekali. Dengan menggunakan enjin 2.0 TSI 4Motion, SUV ini mampu menghasilkan sehingga 217hp dan 350Nm tork selain mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 6.8 saat. Maka tidak hairanlah jika ada yang mengatakan bahawa memandu Volkswagen Tiguan R-Line ini terasa seperti memandu sebuah Volkswagen Golf GTI versi SUV.

Maka tidak hairanlah jika sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih 12 jam itu terasa singkat kerana keselesaan yang diberikan, selain melihat anak-anak juga gembira dan selesa pada bahagian penumpang belakang. Mana tidaknya, kusyen pemandu dan penumpang dipasang dengan balutan kulit Vienna, terdapat sistem penyaman udara 3 zon, selain dilengkapi dengan 10 pembesar suara daripada Harman Kardon dengan kuasa 480 watt. Memang perjalanan kami cukup lengkap dan ceria dengan mendengar lagu raya dari Kuala Lumpur sampai ke Kelantan.

@pikashare

Balik kampung raya di Kelantan tahun ni with Volkswagen Tiguan R-Line. A big thanks to Federal Auto (Volkswagen Glenmarie) ❤️ Journey 12 jam on 28Mac2025 ✨❤️ #balikkampung #kelantan #kelate #pov #raya #raya2025 #volkswagen #tiguan #tiguanrline #federalauto

♬ original sound – Akok jerteh 8 perisa – Akok jerteh 8 perisa

Selain itu, sistem keselamatan yang cukup lengkap dalam Volkswagen Tiguan Allspace R-Line pula menampilkan suite ADAS Tahap 2 bersama 21 ciri keselamatan termasuk sistem seperti Side Assist, Front Assist, Lane Assist, Park Assist Plus dan Active Cruise Control (ACC), bersama-sama dengan ciri keselamatan lain seperti 9 beg udara dan Hill Descent Control. Jadi, apabila si ibu memandu di hadapan, dia tidak perlu risau dengan keselamatan si anak kerana sistem keselamatan yang terdapat pada Volkswagen Tiguan Allspace R-Line ini terasa cukup lengkap.

Jadi, bagi anda yang sedang berkira-kira untuk memiliki sebuah SUV yang selesa untuk keluarga dan pada masa yang sama turut mempunyai enjin berkuasa tinggi yang tidak ‘membuang’ walaupun muatan banyak, anda harus letakkan Volkswagen Tiguan Allspace R-Line sebagai antara pilihan utama anda. Kalau berminat nak tahu dengan lebih lanjut dengan tawaran yang hebat, apa kata anda ke F.A Wagen (Federal Auto) atau turut dikenali sebagai Volkswagen Glenmarie di Shah Alam? Rugi kalau tak ke sana!

@pikashare

Replying to @alfamada interior Volkswagen Tiguan R-Line. Kalau nak tengok detail boleh ke Federal Auto Volkswagen Glenmarie tau ❤️ #volkswagen #tiguan #tiguanrline

♬ Originalton – Alex.pbbr

F.A Wagen (Federal Auto) / Volkswagen Glenmarie,

Lot 43, Jalan Pelukis U1/46,

Seksyen U1,

40150, Shah Alam,

Selangor.

Bilik pameran: 603-5569 5663

Pusat servis: 6016-556 7095 (Whatsapp) / 603-5567 0691

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.