Benda Yang Tidak Patut Ditinggalkan Di Dalam Kereta. Ada Yang Boleh Membunuh

Source: nbc24.com

Benda kegunaan harian, kalau dibiar atau disalahguna juga boleh mengancam nyawa. Kadang-kadang anda suka tinggalkan barang ni di dalam kereta. Kalau anda nak menjamin keselamatan diri, orang lain dan kenderaan anda, pastikan anda TIDAK meninggalkan barang-barang yang tersenarai.

1. BOTOL AIR PLASTIK

Source: autodial.com.ph

Botol plastik yang mengandungi air kedengaran tidak merbahaya bukan? Tapi anda tidak tahu ancaman yang datang daripada benda ni. Sekiranya anda tinggalkan air dalam botol macam ni dalam kereta untuk tempoh lama, bahan kimia dalam plastik tu boleh hasilkan dioksin dalam air. Kesan jangkamasa panjang? Dioksin boleh menyebabkan kanser!

Source: youtube.com

Lagi satu, cuaca Malaysia ni panas tahap gaban. Sinaran matahari yang menembusi botol dipenuhi air akan bertindak sama macam kanta pembesar. Ingat tak kelas sains korang dulu? Teorinya sama di mana cahaya dan haba matahari boleh dibesarkan melalui sebotol air. Hasilnya cahaya yang terbias tu kalau terkena kain, tempat duduk atau apa sahaja yang mudah terbakar boleh menyalakan api kecil. Haa…jangan main-main.

2. UBAT-UBATAN

Source: rd.com

Iya, ada antara kita yang suka tinggalkan ubat dalam ‘dashboard’ kereta untuk kegunaan bila perlu. Tapi masalahnya, pernah baca tak amaran pada botol ubat? “Sila simpan ubat ini mengikut suhu yang ditetapkan atau pada suhu bilik.” Jadi tahukah anda kereta yang korang parking di bawah cahaya matahari terik di Malaysia boleh menyebabkan suhu di dalam kereta mencecah sehingga 160 darjah Celsius. Tu bukan suhu bilik, tapi suhu dalam ketuhar panas dah tu. Ubat tersebut akan jadi rosak dan bahaya untuk dimakan. Selain itu, amaran untuk pengidap penyakit asma. JANGAN sesekali tinggalkan ‘inhaler’ seperti ‘Albuterol inhalers’ dalam kereta. Boleh meletup tau tak.

Source: vetrxdirect.com

 

3. BOTOL AEROSOL

Source: indiamat.com

Kan pernah viral penarik kereta kena sembur dengan ‘Ridsect’ dengan akak kereta Honda. Hebat akak tu, bukan setakat lipas, penarik kereta pun berjaya dihalau dengan ‘Ridsect’. Tolong jangan ikut tabiat macam ni okey? Bukan setakat botol ‘Ridsect’ tapi segala jenis botol aerosol sila jangan memandai simpan dalam kereta atau bonet. Samada penyembur serangga, ‘air freshener’, perfume atau apa sahaja berkaitan aerosol, sila buang ketepi. Jangan jadi macam kes wanita di Arizona, tak pasal-pasal dikejarkan ke hospital sebab botol aerosol yang meletup ke muka mangsa semasa sedang memandu. Kat Malaysia pun pernah jadi.

Source: facebook.com

4. SENJATA / ALAT PERTAHANAN DIRI

Source: personaldefensenetwork.com

Senjata api itu haram di sisi undang-undang KECUALI anda memiliki Lesen Membawa & Mengguna mengikut Akta Senjata 1960. Namun, senjata atau alatan lain untuk pertahanan diri seperti ‘flick knife’, buku lima (knuckleduster), kapak, lembing, ‘stun gun’ dan sebagainya TIDAK BOLEH dibawa oleh orang awam termasuk menyimpan di dalam kereta. Yang ni ikut Akta Bahan-Bahan Kakisan & Letupan & Senjata Berbahaya 1958. Tapi kan, rasanya kalau di Malaysia ni, senarai alat-alat senjata dan pertahanan diri tu perlu tambah lagi 2 benda. Yang pertama ‘steering lock’ yang panjang tu dan yang kedua kayu besbol. Dah banyak sangat kes ugut menggunakan barang tu & terbaru sampai jadi kes bunuh. Lupa? Mungkin gambar di bawah boleh ‘refresh’ memori anda:

A) 2014: Wanita bernama Kiki mengamuk menggunakan ‘steering lock’ dan memaki hamun seorang warga emas kerana melanggar keretanya.

Source: selangorkini.my

B) 2017: Wanita mengamuk dan mengugut seorang pegawai MPSJ gara-gara tayar tayar kereta kena ‘clamp’.

Source: worldofbuzz.com

C) 2019: Maut akibat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239, Lebuhraya Utara Selatan. Yang ni melibatkan kayu besbol dan kes masih dalam siastan.

Source: astroawani.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *