INFLUENCER BOLEH BELI KERETA HARGA HAMPIR RM 2 JUTA DENGAN JUAL BUKU DAN TUDUNG? PATUTLAH RAMAI NAK JADI INFLUENCER.

Entah kenapa. Seperti menjadi satu trend di mana ramai anak muda berpusu-pusu ingin menjadi influencer atau pempengaruh selepas melihat kejayaan beberapa golongan influencer yang kelihatan hidup dalam kemewahan dalam jangka masa yang pendek.
Ini termasuk juga kisah hidup dua influencer ini yang kerap menjadi tajuk utama di Malaysia. Bayangkan umur belum mencecah 40 tahun pun dah mampu beli beberapa kereta mewah yang harganya sudah hampir mencecah RM 2 juta! Semuanya hasil daripada pasangan suami isteri tersebut yang menjalankan perniagaan butik tudung serta buku.
Jika mengikut kisah perjalanan hidup mereka, pada tahun 2018 mereka hanya mampu memiliki sebuah Perodua Myvi. Setahun selepas buat buku, mereka mampu membeli sebuah Honda Civic. Setahun kemudian beli Mercedes-Benz pula dan setahun selepas itu boleh pakai MPV Toyota Vellfire. Tak lama selepas itu, pada tahun 2022 akhirnya mereka berjaya memiliki dua kereta mewah sekali gus! Kereta apa? Sebuah Range Rover dan sebuah Porsche Carrera 911 4S Cabriolet.
Untuk pengetahuan, harga sebuah Porsche Carrera 911 4S Cabriolet boleh mencecah di antara RM 790,000 sehingga RM 1.08 juta. Dengan menggunakan enjin enam silinder rata dengan pengecas turbo berkembar, kereta ini mampu mencapai sehingga 450hp. Kadar kelajuan dari 0 hingga 100 km/j pula hanya dalam masa 3.6 saat selain kelajuan tertinggi pula boleh mencecah sehingga 188 mph atau bersamaan dengan 303 km/j. Wow! Laju-laju nak kemana?
P/S: Ada orang persoalkan kenapa dua orang ni jual buku kejap dah jadi kaya sedangkan dia meniaga sampai melecet tapi tak kaya-kaya? Rezeki masing-masing kot.