Youtuber Reka Dan Cuba Jual Kereta Tesla Tiruan. Bentuk Macam Ikan Flowerhorn Dan Bumbung Kereta Ada Gas Hidrogen?
Baru-baru ni ada seorang Youtuber yang suka menggunakan ‘prank’ di dalam videonya telah ‘mencipta’ sebuah kereta Tesla. Tujuan dia adalah untuk membuat prank pada beberapa orang dan lihat sejauh mana seseorang itu akan membeli sesuatu produk, walaupun rekaan Tesla itu sangat pelik. Dekat bumbung atas diletakkan sesuatu seperti tempat simpanan gas hidrogen dan sekilas pandang, kereta Tesla itu kelihatan persis ikan flowerhorn.
Airrack dan semua krewnya memang telah sengaja memilih untuk mencipta sesuatu yang pelik untuk buat prank ni. Itulah sebabnya model kereta yang kononnya ‘Tesla Model G’ dibuat seperti sebuah SUV dengan sebuah tangki gas hidrogen diletakkan di bahagian atas. Mereka turut memberitahu para pembeli yang kena prank tu bahawa kereta terbaru Tesla ni turut mempunyai ciri AI yang diberi nama Fiona (macam lagu AC Mizal) yang akan setia mendengar arahan pemandu kereta, selain mempunyai ciri keselamatan seperti kereta itu akan terus terkunci (auto-lock) sekiranya kereta itu tidak mengenali muka si pemandu. Tapi paling menarik, bila dia turut mengatakan bahawa Model G ni adalah autonomous di mana tiada pedal minyak atau roda stereng!
Semasa mula-mula mereka perkenalkan kereta itu kepada orang-orang yang kena prank tu, kesemua antara mereka kelihatan agak keliru dengan reka bentuk kereta tersebut. Malah ada salah seorang daripada mereka yang mengatakan bentuk kereta tu ibarat ‘Hindenburg disaster’. Iaitu satu kejadian di mana sebuah kapal udara meletup pada tahun 1937.
steering wheel
Selepas dia berjaya meyakinkan beberapa orang yang setuju untuk membayar wang deposit kereta tersebut sebanyak US$ 250 (RM 1,036), akhirnya dia memberitahu perkara sebenar iaitu kereta itu hanya kereta tipu! Apa yang dia ingin buktikan ialah dengan mempunyai teknik pemasaran dan pembentangan yang gempak, ramai pembeli mudah tertipu. Nampak sangat kan, apa-apa jenis kereta atau produk ni perlukan teknik pemasaran yang gempak. Walaupun tipu, akan tetap ramai orang akan percaya dan beli. Pernah kena?
Tonton di sini untuk video penuh: