YAMAHA MT-15 Sudah Dilancarkan di Malaysia. Harga Bermula RM11,998.

Sumber imej: indianautosblog.com

Siapa peminat motosikal?

Pada bulan September lepas, pihak Honda Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan 2021 Yamaha MT-15. Pada masa tu, mereka belum lagi memberitahu harga jualan motosikal tersebut. Kini, motosikal yang seakan ‘kembar’ kepada Yamaha YZF-R15 ni telah pun dibuka untuk jualan pada harga RM 11,998 (harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Sumber imej: thevocket.com

Untuk pengetahuan anda, motosikal Yamaha MT-15 ni dilengkapi dengan waranti 2 tahun atau 20,000 km dengan VVA 155 cc, satu silinder yang menghasilkan 19 hp pada 10,000 rpm dan tork 14,7 Nm pada 8,500 rpm. Selain itu, ianya juga mempunyai cakera hidraulik tunggal pada roda 17 inci dengan tayar depannya 110/70 manakala tayar belakang pula 140/70. Selain itu, kapasiti tangki bahan apinya pula ialah sebesar 10.4 liter.

Jika di negara India, motosikal Yamaha MT-15 didatangkan dalam tiga variasi warna, iaitu merah, putih dan biru. Tetapi, untuk pasaran Malaysia pula, Yamaha MT-15 hanya mempunyai dua variasi warna iaitu Yamaha Blue (biru) dan Ice Fluo (putih). Untuk edisi terhad (limited edition) pula, Yamaha MT-15 ni mempunyai lagi satu warna yang menarik iaitu “teal green” dengan sedikit “flourescent yellow”. Namun malangnya, buat masa sekarang, edisi terhad ni cuma berada di Thailand yang mana harga jualannya bermula dari 98,500 baht atau bersamaan RM 13,000.

Bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan motosikal ni, boleh lah ke kedai jualan Yamaha yang berdekatan. Setiap pembelian juga akan disertakan dengan “brake disc lock” bernilai RM 100 dan keychain MT-15 First Edition juga akan diberikan secara percuma!

Sumber imej: bikewale.com

 

Sumber imej: paultan.org
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *