“Saya tidak pernah melihat keputusan yang luar biasa seperti ini.”
X-1R yang semakin menembusi pasaran China telah memutuskan untuk menguji produk sendiri, iaitu rawatan enjinnya, di Mechanical Industry I.C Engine Oils Test and Evaluation Centre (MIEOTEC). Syarikat yang sebegini berani untuk mempetaruhkan reputasinya semestinya mempunyai keyakinan penuh terhadap produknya.
MIEOTEC yang terletak di Tianjing ialah pusat pemeriksaan professional yang paling lama dan paling terkenal di negara itu. Bahagian ujian pembakaran dalamannya telah beroperasi sejak 1958. Makmal yang canggih ini dan diiktirafkan oleh kerajaannya menjalani penilaian bebas dan pemeriksaan ke atas kenderaan, jentera dan pelincir.
Jadi, cukup tentang MIEOTEC. Kita kembali kepada ujian produk X-1R. Ujian ini telah dijalankan menggunakan enjin petrol Toyota 1500cc yang dibina pada tahun 2013 – enjin yang pada masa itu sangat baru dan sepatutnya berjalan secara optimum. Minyak rujukan yang digunakan ialah minyak pelincir Shell HX3 15W/40 dan minyak ujian ini telah disediakan dengan menambah 5% (v / v) minyak X-1R Engine Treatment kepadanya. Kedua-dua minyak digunakan dalam enjin ini untuk mengukur ciri-ciri kelajuan tork, ciri-ciri beban dan pelepasan.
Keputusan yang didapati adalah amat luar biasa (dan reputasi X-1R kekal seperti yang dijangkakan). Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan menambah X-1R Engine Treatment, ia telah menjimatkan bahan api sebanyak 9.9%, meningkatkan kuasa sebanyak 4.1%, mengurangkan pelepasan bahan cemar karbon monoksida sebanyak 33% dan oksida mono-nitrogen sebanyak 50%. Menurut Profesor Yang Li He, yang menyelia ujian ini, penambahbaikan ketara sebegini dengan enjin baru adalah amat cemerlang sekali. Selepas ujian dijalankan, beliau berkata, “Saya tidak pernah melihat keputusan yang amat luar biasa ini, ia ialah produk yang amat menakjubkan…”
(Bacalah laporan MIEOTEC.)
X-1R Engine Treatment adalah serasi dengan semua minyak enjin dan boleh ditambah bila-bila masa, sebaik-baiknya semasa pertukaran minyak anda yang seterusnya. Ia berfungsi dengan mengurangkan geseran dan mengurangkan suhu operasi, sekaligus mengoptimumkan prestasi enjin dan mengurangkan bunyi dan getaran. Menggunakan rawatan enjin juga akan banyak membantu kenderaan rakyat China apabila cuaca sejuk di bulan November tiba, bagi mereka mengatasi masalah dengan kenderaan mereka.