WANITA TEKAD HANCURKAN KERETA

BERANG SEBAB DAH BAYAR PADA OWNER TAPI KERETA TETAP DITARIK.

Sumber imej : thereporter.my

Beberapa hari lepas, tular di media sosial tentang tindakan nekad seorang wanita yang menghancurkan sebuah kereta selepas berang kereta itu ditarik. Dalam beberapa video yang tular, kelihatan tiga lelaki telah datang ke rumah wanita terbabit untuk menarik kereta yang kononnya sudah 8 bulan tertunggak. Namun, menurut wanita itu dia sudah pun membuat pembayaran kepada owner asal kereta dan sangat geram apabila keretanya itu tetap ditarik.

Berang dengan kejadian itu, wanita terbabit ‘naik hantu’ dan tekad memecahkan cermin hadapan dan cermin sisi dengan batu, selain bahagian hadapan (bumper) kereta juga turut remuk akibat melanggar trak penunda. Dalam masa yang sama juga, wanita tersebut berulang kali menyebut bahawa dia sudah membuat pembayaran terus kepada owner dan telah dianiaya.

sumber imej : mstar.com.my

Pada mulanya netizen menganggap tindakan wanita itu sia-sia dan memalukan kerana bertindak menghancurkan keretanya sendiri selain kereta tersebut juga mungkin tidak dapat dilelong pada harga sepatutnya untuk membantu mengurangkan bebanan hutang bank. Malah ada juga netizen yang mengatakan tindakan wanita tersebut turut akan membuatkan dirinya disenarai hitam daripada membuat sebarang pinjaman bank pada masa akan datang.

Namun di sebalik kejadian ini rupanya ada ‘plot twist’ kerana rupa-rupanya insiden amukan ini berpunca daripada kes sambung bayar yang mana wanita tersebut sebenarnya membuat pembayaran setiap bulan kepada owner namun malangnya owner asal tidak membuat pembayaran kepada pihak bank! Kena aniaya pemilik asal rupanya. Patutlah akak ni naik hantu semacam! Jadi, sekarang ramai netizen mula beralih kepada daripada mengecam kepada bersetuju dengan tindakan wanita ini yang ternyata akan menyusahkan pemilik asal. Ini kerana kereta itu sudah rosak teruk dan harganya sudah pasti jatuh dan sebarang kerugian juga akan ditanggung oleh pemilik asal.

Ganas memang ganas, tapi ada logik juga tindakan wanita ini. Dengar cerita, sekarang polis turut cuba mengesan tiga lelaki ejen penarik kereta kerana menceroboh masuk ke rumah wanita tersebut untuk menarik kereta. Dalam laporan juga turut mendakwa bahawa tiga ejen tersebut gagal menunjukkan surat tarik kereta daripada bank selain mengangkat pintu pagar untuk menarik kereta terbabit. Siap angkat pagar? Kalau diikutkan, ianya bercanggah dengan prosedur tarik kereta yang betul kerana ejen tarik kereta TIDAK dibenarkan manarik kenderaan yang berada di kawasan kediaman berpagar!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.