Wanita Ini Naik Kereta Mewah Tapi Sudah 45 Kali Culas Bayar Tol
Gara-gara kedekut, seorang wanita yang menaiki kereta mewah jenis Mercedes-Benz A-Class berwarna hitam telah ditahan di plaza tol Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH). Tindakan wanita tersebut bukan sahaja memalukan malah dilihat tidak bijak selepas dia terkantoi culas membayar tol. Bukan sekali, tapi sudah 45 kali dia mengelak daripada membayar tol.
Menurut akaun Twitter PROLINTAS AKLEH, pemandu wanita itu ditahan dan diarahkan untuk membayar tunggakan berjumlah RM 275.65 dengan serta-merta. Malunya! Nasib baik mereka masih lagi menutup nombor plat kereta dan separuh muka akak. Kalau tak, memang satu Malaysia kenal akak siapa. Naik kereta Mercedes dah nampak macam kaya walaupun katanya A-Class lama. Tapi takkan lah bayar tol tiba-tiba jatuh miskin?
Selain itu, pihak PROLINTAS AKLEH juga turut menasihatkan pengguna jalan raya yang lain agar menjadikan kejadian ini sebagai satu iktibar. Ini kerana perbuatan memalukan wanita ini bukan sahaja tidak bermoral, ia juga jelas menunjukkan bahawa si pelaku itu telah melakukan kesalahan menceroboh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Ini mesti kes ikut rapat kereta depan untuk elak bayar tol kan? Tapi kenapa selepas 45 kali baru kantoi?
Sumber imej: twitter.com