Volvo Sengaja Ranapkan 10 Kereta Baru XC40, XC90, V90. Dah Kenapa?

Sumber imej: motor1.com

Gantung kereta baru seperti XC40, XC90 dan V90 sebelum meranapkan kereta tu dari ketinggian 100 kaki, syarikat Volvo bukan melakukan sebarang ‘stunt’ atau gimik untuk mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi semata-mata. Bagi pengeluar kenderaan Sweden ni, mereka merasakan ‘crash test’ yang biasa dibuat oleh mana-mana kenderaan baru tidak mencukupi untuk mengetahui sejauh mana tahap keselamatan kenderaan keluaran mereka yang sebenar. Jadi, untuk membuatkan situasi dan keadaan kereta selepas ranap tu lebih ‘real’ maka mereka telah membuat simulasi pelbagai senario kemalangan ekstrim dan semuanya menggunakan kereta baru keluaran mereka. Huh?

Anda boleh tonton video di sini:

Sumber imej: rushlane.com

Mesti ramai yang tak puas hati. Paling tak pun ramai akan kata dari ranapkan kereta macam tu je, baik bagi je kereta tu kat kita. Sebenarnya, itu merupakan salah satu cara untuk melatih pasukan keselamatan negara mereka atau ‘Swedish first responders’ tentang bagaimana nak hadapi situasi seperti kemalangan sebenar. Bagi mereka, kaedah macam ni juga paling berkesan sebab impak kerosakan sebegini adalah yang paling ekstrim. Jadi, mereka perlu tahu teknik yang betul untuk selamatkan penumpang dalam kereta dalam masa yang paling singkat.

Sumber imej: financialexpress.com

Selain itu, pihak Volvo juga berpendapat apabila mereka melakukan simulasi sebegini, mereka akan lebih faham tentang impak sebenar selepas kemalangan seperti kereta yang terlibat kecelakaan akibat memandu laju, kereta yang melanggar lori semasa laju atau kereta yang berlanggar teruk dengan sesuatu dari arah tepi.

Tapi, kenapa nak guna kereta baru? Pakai kereta lama yang terbiar tak boleh ke? Pihak Volvo menerangkan lagi antara sebab mereka menggunakan kereta baru ialah kerana impak yang terhasil jika guna kereta lama berbanding kereta baru adalah sangat berlainan. Jadi, mereka berharap pihak keselamatan negara mereka akan lebih cekap dan faham bagaimana nak bertindak. Mereka juga diharap dapat belajar untuk tengok kelemahan sistem keselamatan kenderaan baharu selain mempercepatkan proses bantuan yang akan diberikan kepada mangsa nahas.

Source: caranddriver.com

Mungkin lepas ni mereka akan lepaskan kereta dalam tasik atau laut dalam pulak? Kan banyak kes kereta termasuk dalam air. Mungkin latihan macam tu pun mereka perlu buat. Setuju tak?

Sumber imej: dailydot.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *