Volkswagen Setia Alam Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Goh Brothers Motor kini secara rasminya telah membuka pusat pengedar Volkswagen ke-18 di Malaysia, iaitu Volkswagen Setia Alam. Memiliki keluasan 60,000 kaki persegi, Volkswagen Setia Alam ini juga menjadi pengedar sah Volkswagen ketiga oleh Goh Brothers Motor selepas Ipoh dan Juru.

Sumber imej: Volkswagen.com.my

 

Untuk pengetahuan, Volkswagen Setia Alam ini ditempatkan di sebuah bangunan empat tingkat yang mempunyai kemasan dan peralatan terkini yang mematuhi standard yang ditetapkan oleh Volkswagen. Sebagai sebuah pusat 4S, pemilik kenderaan Volkswagen boleh mendapatkan keperluan kenderaan mereka di bawah satu bumbung, termasuk jualan, servis, alat ganti serta badan dan cat. Malah, bilik pameran mereka yang mempunyai keluasan 2,970 kaki persegi pula boleh memuatkan sehingga lapan buah kereta, lengkap dengan sebuah lounge untuk para pengunjung dan pelanggan.

Selain itu juga, pusat servis ini dikendalikan oleh 15 orang kakitangan selepas jualan yang berpengalaman dan mereka juga dikatakan mampu untuk menyelenggara sehingga 30 unit kenderaan Volkswagen setiap hari. Bukan itu sahaja, Volkswagen Setia Alam turut menjemput para pemilik Volkswagen yang masih belum menyelenggara kenderaan masing-masing selama enam bulan untuk mendapatkan pemeriksaan diagnostik 20 poin keselamatan secara percuma sepanjang bulan Oktober 2022 sempena pembukaannya.

Sekiranya ada peminat Volkswagen atau pemilik yang ingin mendapatkan perkhidmatan di Volkswagen Setia Alam, anda boleh terus ke sana. Pusat perkhidmatan ini beroperasi dari Isnin hingga Ahad jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (jualan) dan Isnin hingga Sabtu jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (servis selepas jualan). Untuk maklumat lanjut pula, anda boleh layari laman sesawang mereka di www.volkswagen.com.my.

Sumber imej: Volkswagen.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.