‘VOLKSWAGEN GOLF FAN FEST 2024’. PERHIMPUNAN TERBESAR PEMILIK & PEMINAT GOLF.
Volkswagen Golf bakal meraikan kejayaan terbesar mereka tahun ini iaitu ulang tahun ke-50 Volkswagen Golf yang mana Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan ‘Volkswagen Golf Fan Fest 2024’ pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024 bermula dari jam 11 pagi sehingga 8 malam, bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.
Antara kemuncak acara itu adalah percubaan Malaysia Book of Records untuk perhimpunan terbesar yang akan disertai oleh pemilik dan peminat Golf di seluruh Malaysia. Selain itu, juga terdapat ‘Golf Showdown’ di mana anda berpeluang untuk mempamerkan kebanggaan anda bersama Golf dan anda juga berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik! Terdapat lima kategori:
- Timeless Legends (Mk1 dan Mk2),
- Modern Classic (Mk3 dan Mk4),
- Era Definer (Mk5 dan Mk6),
- Next Gen Masters (Mk7 dan Mk8),
- Most Hardcore Golf (Mk1 hingga Mk8)
Selain itu, acara ini turut menganjurkan ‘Golf Gymkhana’ di mana pemilik boleh mempamerkan kemahiran mereka memandu dan menariknya, pengunjung pula boleh menyertai teksi drift Golf R dan sesi trek yang menampilkan Golf GTI.
Untuk pengetahuan semua, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) turut akan melancarkan GTI Edition 50 sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Golf. Jentera baharu itu dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang merangkumi kit badan Oettinger, rim baharu, perumah cermin sisi berwarna hitam, emblem ekslusif Edition 50 dan kemasan sisi sporty yang diinspirasikan daripada rekaan honeycomb signatur model GTI. Malah, Penampilan bahagian luaran GTI Edition 50 disempurnakan lagi dengan tint “Edition 50 VW” dan emblem “50” pada tiang B yang menunjukkan ini merupakan sebuah model edisi khas.