Viral: Kerana Bubble Tea, Kereta Maserati Ditampal Tuala Wanita

Source: says.com

Hebat sungguh penangan ‘boba’ atau ‘bubble tea’. Orang bukan setakat sanggup beratur panjang, malah mereka juga sanggup meletakkan kenderaan mereka di mana-mana sahaja asal dapat peluang untuk membeli minuman tersebut. Sama macam kes yang tular di media sosial beberapa hari lepas. Kejadian yang dipercayai berlaku di Hanoi, Vietnam berpunca daripada seorang pemilik Maserati yang parking keretanya sesuka hati semata-mata untuk membeli minuman ‘bubble tea’ berdekatan.

Source:livinglocal.triip.me

Akibat terlalu marah, pengguna jalan raya di kawasan tersebut telah memberi pengajaran kepada lelaki tersebut dengan cara yang agak ‘rare’. Bayangkan, kereta merah tu dah cantik dah. Tapi bertampal pulak dengan tuala wanita. Lelaki tersebut dilaporkan cuba untuk menanggalkan tuala wanita tersebut. Namun gagal kerana gamnya yang kuat.

Source: says.com

Akhirnya, terpaksa la lelaki tu redha dengan membawa kereta yang masih bertampal tuala wanita tu keluar daripada kawasan tersebut. Alamak malunya! Muka haruslah setebal Tembok China.

Source: flyfm.com.my

Rupa-rupanya, penduduk kawasan tu memang dah lama bengang dengan pembukaan kedai ‘boba’ di kawasan tersebut sebab ia menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat daripada pembeli ‘boba’ yang jenis tak reti cari parking. Kan dah mendapat.

Source: ladbible.com

Kalau korang nak tahu, ni bukan kes pertama kereta ditampal dengan tuala wanita. Sebelum ni pun pernah ada di Rusia gara-gara nak ‘prank’ member. Akibatnya, lelaki malang itu terpaksa spray balik kereta jenis Mercedes miliknya akibat cubaan untuk buang tuala wanita itu telah menyebabkan keretanya tercalar sana sini. Hebat jugak gam tuala wanita ni yea.

Dulu-dulu penulis ingat orang kalau nak marah pemandu jenis bebal ni dengan cara pancitkan tayar atau letak gula-gula Hacks kat ‘windscreen’ kereta je untuk buat cermin tu pecah. Rupanya tuala wanita pun boleh jugak. Bukan setakat dapat malu, silap-silap kena spray baru. LOL!

Source: expeditionaustralia.com.au
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *