VIDEO: Wanita Ini Memiliki Kereta Supercar. Keretanya Bukan Biasa–Biasa

Image credit : carscoop.com

Peminat kereta-kereta exotic kebiasaannya adalah dari kalangan lelaki. Tetapi di Colorado, seorang pengemar kereta exotic ini ialah seorang wanita yang bernama Kathy Cargill. Jarang sekali kita akan jumpa penggemar kereta ini dari kalangan feminin. Kebiasaanya individu yang mempunyai koleksi kereta-kereta mahal ini duduk di pusat bandar, tetapi bukan untuk Kathy.

Beliau mengatakan bahawa memandu di Colorado ini memberi satu kelainan dan keindahan dari segi pemandangan, gunung-ganang dan juga jalan yang terletak di sekeliling gunung.

Baru–baru ini, McLaren mengujung garaj untuk bertemu dan melihat koleksi kereta Kathy. Beliau bukannya pengumpul atau penggemar kerata yang biasa dilihat dijalan raya. Beliau mempunyai dua 570s McLaren Spiders, sebuah Mclaren 720 dan model terbaru McLaren, iaitu Senna.

Senna yang dimiliki Kathy ini telah diubahsuai dari segi luaran, iaitu “carbon fiber” dan warna negara Brasil untuk memberi penghormatan kepada Ayrton Senna.

Lihat video dari McLaren ini dan anda akan tahu apa yang Kathy maksudkan bila memandu di Colorado.

No comments yet! You be the first to comment.