Trend Hias Cermin Kenderaan Dengan Sticker Lucah Semakin Menjadi-Jadi

Sumber imej: majoriti.com.my

Elok sungguh perangai pemilik kenderaan yang tak ada perasaan malu dengan menampal sticker berunsur lucah pada kenderaan masing-masing. Lagi menjijikkan, rata-rata sticker tersebut menggunakan janda sebagai pilihan. Ayat yang digunakan bukan sahaja lucah, malah meloyakan. Berapa liter gam yang dia hidu atau berapa liter air ketum yang dia minum sebelum menampal sticker memualkan ni?

Sumber imej: mstar.com.my
Sumber imej: mstar.com.my
Sumber imej: facebook.com

 

Apabila menjengah ke ruangan komen tentang isu ini, rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang dengan sticker yang dianggap keterlaluan itu. Malah ada juga yang memberikan cadangan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menampal sticker macam ni pada kenderaan mereka. Selain itu, ada juga yang merasakan bahawa individu yang secara terang-terangan menggunakan sticker lucah ini juga adalah seorang yang bahaya dan diharap agar sesiapa sahaja (wanita atau kanak-kanak) yang ternampak kenderaan sebegini untuk menjauhkan diri kerana dikhuatiri mereka boleh menjadi mangsa.

Sumber imej: facebook.com
Sumber imej: mstar.com.my
Sumber imej: beautifulnara.com

Apa pandangan anda? Bagi penulis, sticker lucah ini sepatutnya diharamkan. Lagipun, kebanyakan bahan lucah yang digunakan adalah ditujukan kepada janda atau ibu tunggal, di mana golongan itu diperlekehkan dan dijadikan bahan gurauan lucah pada kebanyakan pelekat. Ini adalah satu penghinaan secara terang-terangan kepada mereka! Lagipun, sado atau kacak sangatkah orang yang menampal sticker macam ni?

Terasa diri ‘hot’ sangat ke sampai mereka rasakan janda pun akan tergila-gilakan mereka?

Sumber imej: makeameme.org
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.