Toyota Supra Paul Walker Dilelong Pada Harga RM2.28 Juta

Sumber imej: canva.com

 

Setelah hampir 20 tahun, akhirnya kereta ikonik Toyota Supra berwarna jingga yang dipandu oleh Paul Walker dalam filem The Fast and the Furious (2001) dilelong pada harga US$550 ribu (RM 2.28 juta) di Las Vegas. Untuk pengetahuan, kereta Toyota Supra 1994 jingga ini sebenarnya dibina oleh lagenda Eddie Paul di bengkelnya, Shark Shop, di El Segundo, California.

Menariknya, tawaran tertinggi dibuat melalui telefon dan identiti pemilik baru kereta tersebut dirahsiakan.

Sumber imej: dailymail.co.uk

 

Sebenarnya, lelongan kali ini merupakan antara acara yang paling dinantikan oleh ramai pembida dan peminat kereta dari seluruh dunia. Bukan hanya kereta ini memiliki enjin 2JZ-GTE, tapi kereta ini juga kerap muncul dalam siri filem The Fast and Furious. Takkan peminat boleh lupa babak menarik apabila Brian O’Connor (Paul Walker) pernah memusnahkan sebuah Ferrari dalam satu perlumbaan di Malibu?

Sumber imej: dailymail.co.uk

Mungkin mendiang Paul Walker yang meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis tahun 2013 tidak akan pernah menyangka bahawa kereta jingga ikonik yang dipandunya ini mampu dilelong dengan harga sedemikian. Betul tak?

Sumber imej: businessinsider.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *