TONTON: Aston Martin DBX – Apa Pandangan Wanita Tentang SUV Pertama Aston Martin?

Model SUV pertama Aston Martin – DBX.

Aston Martin, jenama kereta mewah yang pasti membuatkan sesiapa sahaja tergoda. Bukan sahaja kerana rupa dan kemewahan yang ditonjolkan, malah jenama Aston Martin juga turut sinonim dengan filem 007 James Bond sejak Goldfinger (1964). Jadi, adakah model ini lain berbanding model keluaran Aston Martin yang sebelumnya?

Jom kita ikuti pandangan Automologist kami:

Sejak pasaran model jenis SUV mula mendapat permintaan tinggi dari seluruh dunia, maka Aston Martin juga tidak mahu ketinggalan dan secara rasminya memperkenalkan Aston Martin DBX sebagai SUV pertama mereka. Menariknya, walaupun ianya merupakan sebuah SUV, namun ciri-ciri utama yang terdapat pada sesebuah keluaran Aston Martin masih dikekalkan termasuk bentuk yang sporty, elegan dan interior yang umphhh!

Exterior:


Warna yang digunakan ialah Lime Essence, yang mana warna ini membuatkan Aston Martin DBX lebih menyerlah kerana warna sebegini sangat jarang digunakan.

Dari arah hadapan, kelihatan logo Aston Martin itu sendiri lebih besar berbanding saiz logo yang digunakan sebelum ini. Gril DB di hadapan juga agak besar, selain menggunakan lampu DRL yang mempunyai ruang udara yang berfungsi untuk menyejukkan brek.

Bahagian paling cantik pada SUV ini ialah pada bahagian sisinya yang mana walaupun ianya sebuah SUV, tetapi ciri-ciri sporty dan elegan itu masih dikekalkan. Tayar yang digunakan juga agak besar, iaitu dengan 22 inci standard rims. Menariknya, pada bahagian sisi berdekatan tayar turut mempunyai ruang udara yang mana ianya berfungsi untuk menyejukkan atau mengurangkan haba yang terhasil dari arah tayar.

Dari segi reka bentuk luaran pada bahagian belakang pula memang sangat seksi kerana sekilas pandang, SUV ini kelihatan seakan sama dengan Aston Martin Vantage! Untuk bahagian boot pula, saiznya adalah 632 liter (40:20:40 split rear).

Interior:
Pertama kali membuka pintu SUV ini, kita akan kagum dengan reka bentuk bahagian dalamannya yang sangat mewah! Saat melangkah masuk, pada bahagian bawah pintu juga tertulis “Aston Martin DBX – Hand Built in Wales”

Bayangkan hampir kesemua bahagian dalaman dilitupi dengan material kulit. Usahkan stereng, dashboard dan bahagian speaker kereta juga turut dilitupi kulit termasuk tempat duduk yang mempunyai stitching ‘Aston Martin’ yang menggunakan warna sama seperti bahagian luarannya. Antara ciri penting yang boleh membuatkan mana-mana wanita jatuh hati pada rekaan dalamannya ialah pada bahagian compartment tengahnya yang besar (handbag pun muat).

Saiz centre display ialah 10.25” dan gear SUV ini terletak pada bahagian atasnya. Semasa memandu, pemandu juga boleh memilih driving mode seperti GT, Individual, Sport serta Sport +.

Enjin:
Enjin yang digunakan ialah 4-litre twin turbo V8, dengan kuasa 405 Kw (542 hp) pada 6500 rpm dan 700 Nm torque pada 2200 rpm. Kereta ini menggunakan transmisi 9 speed automatic gearbox (all-wheel drive) dan yang menariknya, ia mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat selain top speed ialah sekitar 291 km/j.

Bagi anda yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang SUV ini, boleh menonton video kami di bawah:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.