Tips Penting Untuk Tempuh Lebih 20 Jam Balik Kampung?

Dengar kata, raya tahun lepas ada yang sampai 22 jam sangkut atas jalan raya masa balik kampung lebih-lebih lagi yang ke arah Pantai Timur? Lamanya! Nak hampir sehari terperap dalam kereta tu. Jadi, daripada pengalaman orang-orang yang sudah biasa dengan jem sampai 10, 15, 20 jam atas jalan raya, ini antara nasihat dan tips berguna daripada mereka:

1. Pastikan Stok Makanan Mencukupi.

Sumber imej: thompsonsales.com

Apabila membawa barang kelengkapan hari raya untuk dibawa pulang ke kampung halaman, jangan lupa pulak stok makanan sepanjang perjalanan. Anda kena ingat bahawa apabila jalan raya dipenuhi dengan manusia, maka kedai makan di sepanjang perjalanan juga akan dipenuhi oleh mereka. Lagi malang, bukan sahaja kedai makan pun kehabisan makanan, malah ada antaranya yang sudah pun tutup kedai sebab nak raya. Untuk yang dewasa mungkin boleh menahan lapar dahaga sebab puasa, tapi untuk kanak-kanak memang kesian kalau makanan tak mencukupi.

2. Bawa Lebih Banyak Air.

Sumber imej: keluarga.my

Selain makanan, pastikan anda turut sediakan air yang mencukupi. Bukan sahaja air untuk minuman, tapi pastikan anda turut bawa air paip untuk kegunaan kecemasan yang lain seperti untuk buang air kecil, basuh tangan mahupun untuk wuduk. Selalunya masjid, stesen minyak atau R&R memang menghadapi masalah kekurangan bekalan air. Jangan amalkan beli berkotak air milo namun lupa pada air putih. Takkan nak kencing pakai air milo kot?

3. Bawa Tisu Basah

Sumber imej: mamakiddies.com.my

Tisu basah bukan sahaja untuk kegunaan bayi tau. Sebab dalam keadaan kecemasan pun tisu basah sangat berguna. Kalau nak jimatkan air putih yang dibawa, anda boleh lap tangan pakai tisu basah sahaja. Atau jika ada makanan tertumpah di dalam kereta, anda boleh bersihkan dengan menggunakan tisu basah. Ada bermacam jenis tisu basah tapi seeloknya beli yang 100 peratus air tulen atau tisu basah antibakteria tanpa pewangi.

4. Isi Minyak Penuh Tangki

Sumber imej: mstar.com.my

Sebelum bertolak, pastikan anda terlebih dahulu penuhkan tangki minyak kenderaan anda. Dalam perjalanan untuk pulang ke kampung yang penuh sesak ni memang akan beratur panjang untuk isi minyak di stesen yang berada di sekitar lebuh raya atau jalan raya utama. Jangan amalkan sikap “Nantilah kita isi kat depan”. Silap-silap berjam-jam tunggu giliran nak isi minyak.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.