Tipah Tertipu. Beli Karpet Kereta Atas Talian, Dapat Karpet Saiz Ibu Jari

Seorang isteri terkejut apabila karpet kereta 1986 Ford Cosworth yang dibeli secara atas talian sebagai hadiah harijadi suami rupanya hanya sebesar ibu jari. Semuanya gara-gara dia tertarik dengan ‘harga murah’ iaitu sebanyak £245 (RM 1,400) yang ditawarkan oleh jurujual.

Si isteri tidak tahu samada dia patut ketawa atau bersedih di atas kejadian yang menimpanya. Bukan setakat terpaksa menanggung rugi, malah anak lelakinya turut memberitahu bahawa itu adalah sebab kenapa orang tua dilarang untuk membeli barang secara atas talian (online). Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa walaupun ibunya merupakan pelajar PhD, tapi dia tetap diperbodohkan dalam urusan jual beli atas talian. Tipah tertipu bang!


Menurut mangsa, apabila bungkusan sampai, dia agak pelik kerana bungkusan itu terasa kosong dan ringan. Apabila dia membuka bungkusan, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati saiz karpet kereta itu hanyalah sebesar ibu jari. Selepas itu, dia turut berkata bahawa dia ketawa sambil menangis selama hampir 20 minit kerana tidak menyangka dia akan ditipu sebegitu.

Dia cuba untuk menghubungi jurujual tersebut namun malangnya laman sesawang jurujual itu sudah tidak wujud lagi. Selepas kejadian itu, dia turut berjanji untuk tidak lagi membeli secara talian. Nasib baik belum pernah dengar kes sebegini kat pelanggan Shopee atau Lazada di Malaysia kan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.