Tindakan Kanak-Kanak Yang Peluk, Sandar Kaki Pada Hypercar Koenigsegg Jesko Absolut Berharga RM 14.4 Juta Jadi Pertikaian Netizen

Biasanya kalau ada kanak-kanak yang buat sesuatu perkara, ramai antara kita yang akan cakap “Biarlah, budak-budak kecil lagi mana dia tahu betul atau salah.” Tapi macam mana dengan kisah yang berlaku dekat pameran hypercar Koenigsegg Jesko Absolut yang bernilai AS$ 3.42 juta (RM 14.4 juta) ni? Bukan bergambar dengan kereta mahal itu yang jadi pertikaian netizen. Jadi apa yang tak kena?

Sebenarnya, terdapat beberapa kesalahan yang mereka lakukan. Yang paling utama adalah dengan memanjat melepasi penghadang jentera mewah itu. Yang kedua adalah memegang, panjat dan peluk kereta itu macam hakmilik sendiri. Siap sandar kaki lagi tu. Tapi budak-budak kan? Mana mereka faham nilai sesuatu benda tu. Yang paling netizen pertikaikan adalah sikap ibu bapa kanak-kanak tersebut. Jika tengok dalam gambar, si ibu yang macam beriya suruh anak panjat penghadang, lepas tu pegang dan peluk kereta orang sesuka hati.


Mengikut perkongsian daripada akaun Instagram Revin Tjahja, beliau menegur sikap segelintir masyarakat yang tidak faham etika tertentu apabila pergi ke mana-mana pameran kenderaan, lebih-lebih lagi kenderaan yang tersangat mewah atau ‘rare’ seperti hypercar Koenigsegg Jesko Absolut ni. Senang cerita harga kereta tu punya mahal sampaikan bukan calang-calang jutawan yang mampu memilikinya. Antara perkongsian etika yang betul oleh beliau adalah seperti berikut:

  1. Bergambar boleh, tapi jangan sesekali sentuh, sandar, panjat atau peluk sesuka hati. Kecuali anda adalah pemilik kereta tu. Tanpa sedar cat kereta itu boleh tercalar dengan kuku, jam, cincin atau zip anda. Ingat, kereta itu mahal, bukan RM 400 dah boleh cat full body. Faham?
  2. Bertimbang rasa dengan orang lain. Bukan anda seorang sahaja yang nak bergambar dengan kereta tu.
  3. Jangan bawa makanan atau minuman ke tempat pameran. Lagi penting, jangan sesuka hati buang atau selit sampah dekat kereta tu.
  4. Jangan sindir atau bagi komen pedas tentang kereta itu. Sungguhpun kereta itu tak kena dengan ‘taste’ anda, jangan buat muka atau komen serba tak kena. Selalu kita dengar, “Kalau aku dari beli ini, baik beli yang itu lebih jimat minyak.” Dik, orang kalau dah kaya dan mampu miliki hypercar, hal jimat minyak itu tak pernah mereka fikir. Yang berkira tu engkau, bukan mereka.

P/S: Nasib baik kejadian ni berlaku di Indonesia. Kalau di Malaysia dah kena kecam berjemaah mak budak-budak tu.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.