TikToker Terkenal Hadiahkan Motosikal Kepada Abang Foodpanda Selepas Kena Sita
Baru-baru ini tular di media sosial selepas motosikal seorang penghantar makanan Foodpanda telah disita oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya di Nilai. Dalam video yang tular itu, lelaki terbabit dilihat berjalan kaki sambil menggalas beg makanan dalam keadaan sugul dan video tersebut telah meraih simpati jutaan rakyat Malaysia.
Selain motosikal miliknya disita, lelaki tersebut juga bakal didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh serta tiada insurans. Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, pihaknya terpaksa menyita motosikal tersebut demi menjaga keselamatan pemuda terbabit serta pengguna jalanraya yang lain kerana tidak dilindungi insurans.

Namun, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sehari selepas kejadian itu tular, seorang TikToker terkenal iaitu Aisarkhaledd telah membuat satu kejutan buat penghantar makanan tersebut dengan memberikannya sebuah motosikal baharu! Dalam video yang dikongsikan oleh TikToker berkenaan, beliau telah datang berjumpa dengan lelaki penghantar makanan tersebut sebelum mengajaknya ke suatu tempat.

Sebaik sahaja sampai di lokasi, lelaki tersebut sangat terharu dan sebak kerana telah mendapat sebuah motosikal baharu daripada TikToker berkenaan. Bukan setakat motosikal baharu, lelaki itu juga mendapat hadiah berupa wang ringgit! Memang terbaik sungguh misi rakyat bantu rakyat ni. Orang Malaysia kan memang terkenal sebagai masyarakat yang prihatin dan murah hati. Memang menitis air mata juga la bila menonton video di bawah.
@aisarkhaledd Suprise Motosikal Kepada Rider FoodPanda Yang Kehilangan Motosikalnya Kena Sita Oleh Pihak Berkuasa . 💔 #riderfoodpanda #motor #jpjmalaysia #sedekah #foryou #aklegacyteam #aisarkhaledd #epyepe ♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni