Tesla Cyberjaya Bakal Dibuka. Lokasi Belakang Balai Bomba Cyberjaya?

sumber imej: tergini.com

Bulan lepas, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bahawa Tesla Inc telah membeli sebuah kompleks besar di Cyberjaya untuk dijadikan sebagai ibu pejabat syarikat tersebut di Malaysia dan ibu pejabat Tesla ini akan dijadikan sebagai pusat operasi korporat, latihan, pemasaran, perkhidmatan pelanggan serta perkhidmatan kenderaan. Walaupun pada mulanya kita agak kurang jelas tentang di mana lokasi sebenar ibu pejabat Tesla di Malaysia, beberapa hari lepas nampaknya ada sebuah papan tanda besar Tesla telah dipasang di sebuah bangunan yang terletak di dalam kawasan Global Solution Centre Cyberjaya.

Sumber imej: soyacincau.com

Maksudnya, Tesla Malaysia di Cyberjaya bakal ‘berjiran’ dengan beberapa syarikat teknologi gergasi yang lain, termasuk NTT Data Services dan juga Tech Mahindra. Pada yang masih lagi kurang jelas, lokasi Tesla Malaysia di Cyberjaya ini akan bertempat di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. Bagus juga kalau dekat dengan Balai Bomba, sebab Tesla kan selalu terpalit dengan kontroversi kenderaan mereka yang sering terbakar. Mungkin itu juga antara sebab kenapa lokasi ini dipilih untuk dijadikan sebagai lokasi ibu pejabat Tesla Malaysia?

Sumber imej: facebook.com

Katanya, Elon Musk bakal datang sendiri ke Malaysia untuk merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perasmian itu pula bakal berlangsung samaada pada akhir bulan Oktober 2023 atau awal November 2023. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.