Terowong Menora: Digelar ‘Jajaran Maut’ dan Kerajaan Mungkin Bakal Bina Laluan Alternatif

Sumber imej: es.wikipedia.org

Terowong Menora mula dibuka sekitar tahun 1986 dan dirasmikan oleh Sultan Perak ketika itu pada 24 September 1987. Terowong ini berada di bawah Jajaran Kledang, dan menariknya kedua-dua laluan dalam terowong ini mempunyai panjang yang tidak sama, sebelah 830 meter dan lagi sebelah pula ialah 880 meter.

Walaupun kewujudan terowong ini memendekkan perjalanan utara ke selatan sejauh 30 kilometer, namun sesiapa sahaja yang pernah melalui terowong ini tidak akan terlepas dari mendengar beberapa versi cerita yang ‘kurang elok’ tentang kejadian yang sering berlaku di sini. Lantas, akibat pelbagai kisah misteri, mistik dan ngeri yang berlaku, terowong ini turut mendapat jolokan nama sebagai ‘Jajaran Maut’.

Antara topik seram yang selalu menjadi bualan masyarakat ialah kewujudan jelmaan Volkswagen kuning seperti di lebuhraya Karak, skuter putih tanpa pembonceng serta kewujudan orang bunian dan makhluk halus yang mahukan ‘korban darah’ di Terowong Menora.

Sumber imej: meremang.my

Sumber imej: orangkata.my

Tapi, perkara yang lebih menyeramkan tentang ‘Jajaran Maut’ ini ialah beberapa tragedi ngeri yang meragut ratusan nyawa di sekitar Terowong Menora. Antaranya ialah kemalangan dalam terowong itu sendiri, nahas treler dengan kereta pada tahun 2018 yang meragut 5 nyawa, bas ekspres yang dilanggar treler, treler berlanggar sebelum terbakar, dan ratusan lagi kejadian lain. Apabila ditanya saksi atau mangsa tentang apa yang berlaku, ramai antara mereka yang memberikan jawapan seperti kemalangan terjadi akibat brek tiba-tiba tidak berfungsi selain terkejut dari penampakan kelibat atau jelmaan. Wow! Seram!

Sumber imej: bharian.com.my

Sumber imej: astroawani.com

Sumber imej: astroawani.com

Jadi, disebabkan terlalu banyak perkara negatif yang terjadi sekitar Terowong Menora ni, beberapa hari lepas pihak kerajaan Perak mengumumkan yang mereka bakal membina lebuhraya baru di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan sebagai laluan alternatif untuk memintas laluan Terowong Menora. Selain itu, laluan alternatif itu turut dijangka menghubungkan laluan Gopeng dan Kuala Kangsar.

Bagi Menteri Besar Perak iaitu Datuk Saarani Mohamad, cadangan pembinaan itu sedang dipertimbangkan atas sebab ianya dilihat sebagai langkah terbaik untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kawasan berhampiran Terowong Menora. Bagus cadangan macam ni dan semoga diluluskan dengan segera. Betul tak?

Sumber imej: revolusiminda.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *