Terima Kasih, Tesla. Kini Elon Musk Jadi Manusia Kedua Terkaya Di Dunia

Read our coverage of this story in English

Sumber imej: infotech.report

Tahun 2020 mungkin merupakan tahun yang sangat merugikan bagi semua orang. Menurut Forbes, sehinggakan 51% dari billionaire di seluruh dunia adalah lebih ‘miskin’ dari tahun sebelumnya yang mana jumlah kekayaan mereka secara keseluruhan menurun sebanyak $USD 700 billion berbanding tahun 2019.

Namun, lain pula cerita dengan CEO Tesla iaitu Elon Musk. Dia dikatakan berjaya menambah kekayaannya sehingga lebih $USD 100 billion dan sekarang dia merupakan manusia kedua terkaya di dunia selepas tauke Amazon, iaitu Jeff Bezos. Malah, mengikut Bloomberg Billionaires Index, nilai bersih Elon Musk sekarang ialah $USD 128 billion, hanya sedikit lebih tinggi dari Bill Gates.

Sumber imej: businessinsider.com

Awal tahun ni, Elon Musk merupakan manusia ke-35 terkaya di dunia. Namun, terima kasih kepada Tesla kerana nilai pasaran mereka melonjak naik tahun ini sehingga berjaya membuatkan CEO nya, Elon Musk sebagai manusia kedua terkaya dunia.

Untuk Elon Musk, sukar untuk kita ketahui samada dia mempunyai gajinya sendiri atau dia sebenarnya mendapat komisen tertentu sekiranya Tesla atau syarikat lainnya iaitu SpaceX telah capai ‘target’ tertentu. Cuma, kita dapat lihat syarikat seperti Tesla cuma bernilai $USD 4 billion pada tahun 2012. Namun, lapan tahun kemudian, kesemua nilai pasaran mereka melonjak naik dengan mendadak dan kini nilai pasaran mereka sudah pun hampir kepada $USD 500 billion!

Sumber imej: theverge.com

Masihkah anda ingat tahun lepas Elon Musk jadi bahan lawak seluruh dunia? Semasa majlis demonstrasi Tesla Cybertruck, kononnya cermin kereta tersebut dibuat dari bahan anti pecah. Sekali, semasa Franz von Hozhausen baling bola besi, cerminnya pecah teruk! Tengah livestreaming pulak tu. Atau mungkin juga ia sekadar satu gimik yang mana orang di seluruh dunia akan kongsikan dan semua orang kenal Tesla. Kira free marketing jugak kan?

Selain itu, kalau ramai tak tahu, Elon Musk ni dulu selalu menjadi mangsa buli. Paling teruk, dia pernah masuk hospital kerana cedera teruk dicampak oleh pembuli dari tangga. Namun, kini dia buktikan yang dia berjaya dan menjadi billionaire teknologi. Apa agaknya reaksi orang yang buli dia dulu kan? Kalau dalam drama Korea, mesti si Elon Musk simbah muka pembuli dia dengan air (cliché sangat).

Sumber imej: k-dicction.blogspot.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *