WANITA BERDEPAN CUBAAN TARIK KERETA DI R&R TAPAH. KES PUKAU KE?

tarik kereta

Beberapa hari lepas, seorang wanita telah berkongsi pengalaman cemas berkaitan dengan kejadian cubaan menarik kereta di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah oleh individu yang tidak dikenali. Menurutnya, beliau bersama dengan sepupunya telah berhenti di sebuah stesen minyak di R&R Tapah sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang cuba untuk menarik kereta tanpa dokumen sah.

Rentetan video perkongsian wanita terbabit tular di media sosial, ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman yang hampir sama. Antaranya, seorang lelaki pernah berkongsi tentang kejadian yang menimpanya di sebuah stesen minyak di Sungai Besi, Selangor. Dalam kejadian itu, dua lelaki yang kononnya datang dari bank menghampiri mangsa untuk menarik kereta selain memaklumkan bahawa kereta yang dinaiki mangsa mempunyai tunggakan sehingga RM 4,000. 

No photo description available.
Sumber imej: facebook.com

Namun, selepas mangsa memaklumkan bahawa kenderaan tersebut dibeli secara tunai (cash) telah menyebabkan kedua-dua suspek mula kelihatan menggelabah sebelum meninggalkan mangsa. Menurut mangsa juga, suspek turut kelihatan seperti tidak tahu langsung tentang pembayaran kereta berkenaan yang membuatkan mangsa yakin bahawa kedua-dua lelaki itu hanyalah penjenayah yang cuba untuk menipu mangsa. 

Selain itu juga, ada beberapa mangsa turut berkongsi tentang kejadian cemas didatangi ‘ejen penarik kereta’ dan terasa seperti dipukau apabila mangsa tidak mampu untuk melawan atau berfikir secara logik sehingga ada yang tertipu dan menyerahkan kunci kereta kepada suspek walaupun tiada tunggakan. 

Jika anda nak selamat, pastikan anda ingat tentang beberapa perkara berkaitan dengan agen tarik kereta seperti yang dikongsikan di bawah:

No photo description available.
Sumber imej: facebook.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.