Tahun 2022 Tapi Masih Ada Yang Buat Hal Cop Parkir

Sumber imej: thevocket.com

Terbaru, ada satu video tular di TikTok yang mana ada seorang wanita yang cop parkir dipercayai berlaku sekitar Sri Petaling. Dia tak tahu ke di Malaysia kita ada undang-undang yang mengatakan perbuatan cop parkir adalah satu kesalahan?

Video yang mendapat hampir 300 ribu jumlah tontonan ini menunjukkan ada seorang gadis berbangsa asing yang berdiri di dalam petak parkir kosong serta menghalau kenderaan yang cuba untuk masuk ke petak kosong tersebut. Video itu bukan sahaja mendapat tontonan tinggi, malah netizen turut memberikan respon negatif dengan mengecam perbuatan tidak tahu malu wanita tersebut.

Untuk video penuh boleh tonton di sini:

@whatitdostu “This is my parking, go look for a different one” said the lady. I didn’t know this kind of people still exist.. lmao #fyp #foryoupage #fypシ #malaysia ♬ original sound – 🦋✨

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (di bawah Seksyen 119), ada mengatakan yang cop parkir kosong merupakan satu kesalahan, tidak kira jika berdiri di dalamnya, letak kerusi/kon/pasu dan sebagainya di mana-mana kawasan awam, premis swasta atau pusat beli-belah. Jika disabitkan bersalah, hukuman yang boleh dikenakan adalah denda tidak lebih daripada RM 2,000 atau penjara enam bulan (bagi kesalahan pertama) dan penalti sehingga dua kali ganda bagi kesalahan seterusnya (denda RM 4,000 atau penjara 12 bulan).

Malangnya kalau di negara kita, hampir setiap masa kita akan jumpa spesis yang mementingkan diri macam ni. Sudahlah dia buat parkir kosong macam dia seorang yang bayar selain berlagak samseng, malah kita pula yang dihalau.

Tapi jangan risau. Semua orang ada telefon pintar kan? Apa kata kita tularkan sahaja orang sebegini dengan ambil gambar serta videonya? Selain bagi dia popular, kita juga boleh buat dia merana membayar saman. Caranya cukup mudah, cuma hantar mesej atau buat aduan melalui email ke aduantrafik@jpj.gov.my dan jangan lupa untuk sertakan sekali butiran yang diperlukan termasuk nama dan nombor telefon pengadu, tarikh dan masa, nombor plat kenderaan yang terlibat dan butiran tentang kejadian. Cukup mudah bukan?

Sumber imej: facebook.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.